Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Bagai tanah pelempar balam;
     kalau mujur tiba di balam,
kalau tidak surut ke tanah.

Bermaksud :

Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
win by referee stop contest (R.S.C.)menang henti tandingSukanTiadaKeputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju, kerana menurut penelitiannya lawan pemenang berada dalam keadaan tidak berdaya, luar tara, tidak seimbang, dan tidak bersungguh-sungguh.
abuse of powerpenyalahgunaan kuasaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain.
postureposturKomunikasiKorporatKedudukan bahan sewaktu individu berada dalam keadaan duduk, berdiri, atau bergerak. Postur juga dilihat sebagai bahasa badan dalam proses komunikasi bukan lisan. Setiap kedudukan badan melambangkan minda atau sikap seseorang pada masa berkenaan. Kedudukan badan juga melambangkan keperibadian seseorang dalam proses komunikasi dengan khalayak. Sekiranya individu berada dalam keadaan badan yang tegak semasa duduk dan bahunya berkeadaan lurus, keadaan ini melambangkan individu tersebut bersedia untuk berinteraksi, menghormati khalayak, bersikap terbuka, dan bersungguh-sungguh dalam proses tersebut. Individu yang membongkokkan badan semasa duduk melambangkan sikap yang pasif, tidak serius, dan tidak berminat dengan kehadiran khalayak. Individu tersebut sukar mendapat kepercayaan daripada khalayak terhadap kebolehan dan kemampuannya. Individu yang mem- punyai kedudukan badan yang tegak dan tegap semasa berjalan dianggap sebagai seorang yang progresif, cekap, dan dinamik. Postur badan boleh menentukan keberkesanan proses komunikasi.

Kembali ke atas