Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG GASAR

Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan

yang digunakan untuk menggambarkan orang

yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia

berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang

pada mulanya hanya bermaksud orang yang

bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh

orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian

perkataan ini juga membawa maksud bukan-

Yunani atau orang asing.

UMUM 
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
SENI GOTHIK/p>

Seni Gothik ialah nama yang diberikan kepada

seni pada akhir Zaman Pertengahan, terutamanya

dari pertengahan tahun 1100-an hingga kira-kira

tahun 1400. Istilah Gothik diperkenalkan oleh

sarjana Renaissance Itali yang dikenali sebagai

humanis. Ini merujuk kepada Goth Jerman yang

menyerang Itali pada tahun 400-an S.M. Humanis

menganggap seni Zaman Pertengahan terlalu

kasar hinggakan mereka menganggap seni

tersebut dicipta oleh bangsa Goth yang tidak

bertamadun itu.

UMUM 

Kembali ke atas