Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Cik Rasip beli sotong,
     Bawa pulang lalu dibasuh;
Nasib tuan tidak beruntung,
     Lain tanam lain tumbuh.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mengapa pisang tidak berjantung, Kerana akarnya dimakan ulat; Mengapa orang tidak beruntung, Kerana dasarnya lupakan kiblat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh betung di tepi tembok, Terbakar pohon tidak kan hangus; Sungguh beruntung berbini gemuk, Lapar setahun tidakkan kurus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas