Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diesel knockketukan dieselKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.
phase failurekegagalan fasaTeknikElektrikKeadaan litar tiga atau dua fasa yang mengalami litar buka pada satu atau lebih fasanya, ini mungkin disebabkan oleh fius putus. Misalnya, motor tiga fasa yang sedang berputar akan mengeluarkan bunyi bising dan jika berhenti motor ini tidak boleh dihidupkan semula.
water hammertukul airKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1) Fenomena yang menghasilkan bunyi ketukan di dalam injap paip air atau kepala paip apabila dibuka dengan tiba-tiba. Keadaan ini berlaku kerana tekanan tinggi yang menumpu pada bahagian injap tersebut dan susunan atau pemasangan paip yang tidak sesuai diameternya. Kesan fenomena ini boleh menyebabkan gegaran dan kerosakan pada talian paip ai 2) Fenomena yang berlaku apabila beban berubah secara tiba-tiba pada turbin-hidraulik. Perubahan ini menghasilkan bunyi ketukan yang bising serta gegaran yang kuat sehingga boleh merosakkan turbin dan sistem perpaipan.

Kembali ke atas