Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouth to mouth resuscitationresusitasi mulut ke mulutPerubatanTiadaBantuan pernafasan dari mulut ke mulut untuk membantu mangsa yang tidak boleh bernafas.
carbon dioxidekarbon dioksidaBiologiEkologiGas yang tidak berwarna, tidak beracun dan tidak berbau, yang hadir secara semula jadi di atmosfera dalam peratus yang rendah. Tumbuhan hijau menggunakannya untuk proses fotosintesis sementara haiwan mengeluarkannya semasa bernafas. Karbon dioksisa terhasil daripada pembakaran bahan api fosil. Karbon dioksida yang berlebihan boleh meningkatkan suhu udara.
happy hypoxiahipoksia buniKesihatan AwamTiadaKeadaan kekurangan bekalan oksigen dalam sel tubuh individu tanpa menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam tubuh adalah rendah. Keadaan ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana tidak dikesan dan dirawat lebih awal.
anaphylactic shockkejutan anafilaksisFarmasiFarmakologiTindak balas alahan teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan kadangkalaboleh membawamaut Ciri-ciri kejutan anafilaksis yang dikenal pasti adalah seperti penurunan mendadak pada tekanan darah disebabkan pengembangan salur darah, urtikaria dan kesukaran bernafas akibat kekejangan bronkus yang disebabkan oleh pendedahan kepada sesuatu bahan asing seperti drug, vaksin dan bisa serangga seperti lebah. Individu yang mengalaminya biasanya pemah terdedah kepada bahan-bahan tersebut pada peringkat awal. Bahanbahan tersebut bertindak sebagai antigen, merangsang tindak balas imun permulaan semasa pendedahan yang pertama, menyebabkan tindak balas serta-merta yang lebih teruk semasa pendedahan kedua. Tindak balas pada pendedahan kedua ini dikenali sebagai reaksi hipersensitiviti serta-merta. Reaksi tersebut boleh mengakibatkan maut jika rawatan kecemasan seperti suntikan epinefrina tidak diberi segera. lndividu yang mengalami alahan ini selalunya mempunyai sensitiviti yang melampau terhadap kehadiran sesuatu bahan di dalam tubuh badan.
barium poisoningkeracunan bariumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada garam barium seperti barium karbonat, barium hidroksida atau barium klorida, iaitu bahan yang digunakan dalam pestisid. Dos parah adalah lebih kurang I g. Had pendedahan ialah 0.5 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar, konvulsi, dan ritma jantung tak normal dan hipokalemia. Gejala akibat pengingesan atau kadang-kadang penyedutan termasuk otot muka dan leher tegang, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, otot fibril terketar-ketar, kerisauan, keadaan lemah, sukar bernafas. ketakseragaman denyutan jantung, konvulsi, dan mati ekoran kegagalan jantung dan pernafasan. Sebaliknya, penyedutan barium sulfat atau barium oksida pula boleh menyebabkan pneumokoniosis yang tidak berbahaya.

Kembali ke atas