Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immunitieskekebalanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Contohnya, negara berdaulat, pegawai diplomatik dan pertubuhan antarabangsa adalah pihak-pihak yang memiliki kekebalan, iaitu tidak boleh didakwa atau dituntut daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara.
acquittalpembebasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
immunity of organisationkekebalan pertubuhanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang diberikan kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kebal daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. Malah, agensi pertubuhan antarabangsa itu juga tidak boleh didakwa atau dituntut di dalam mahkamah nasional. Contoh penggunaan kekebalan ini terdapat dalam kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights.
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.
unregistered productproduk tidak berdaftarHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang tidak mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Individu yang menjual produk tidak berdaftar boleh didakwa.
ne bis in idemne bis in idemUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDoktrin yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dilakukan dua kali atas kausa tindakan yang sama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan menjalankan bidang kuasa terhadap sesuatu jenayah antarabangsa hanya sekiranya negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah itu tidak mahu atau tidak mampu menjalankan bidang kuasa jenayah tersebut. Hal ini dilakukan supaya orang yang disyaki itu tidak didakwa dua kali atas jenayah yang sama.
prisoner of wartawanan perangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenempur yang ditangkap oleh musuh. Tawanan perang yang tidak lagi mampu berperang dilindungi oleh undangundang kemanusiaan antarabangsa. Ini bermakna mereka tidak boleh dibunuh atau dicederakan, malah mesti diberikan makanan, pakaian, rawatan jika cedera atau sakit, dan sebagainya. Tetapi sekiranya sebelum ditangkap, mereka didapati ada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, mereka boleh didakwa di dalam mahkamah.
sovereigndaulatSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
natural personorang sebenarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaManusia, iaitu yang meliputi individu atau kumpulan individu yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Contohnya, dalam undang-undang nasional, seseorang individu mempunyai hak untuk hidup dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang. Sekiranya individu itu dicederakan oleh orang lain, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman di mahkamah. Orang sebenar dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai orang perundangan dalam sistem undang-undang nasional, tetapi tidak dalam sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini bermakna, orang sebenar bukan merupakan orang perundangan antarabangsa dan juga bukan merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh orang sebenar tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau membuat triti antarabangsa dengan mana-mana negara. Hanya negara sahaja yang boleh membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Selain itu, pertubuhan antarabangsa juga boleh membuat tuntutan di tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, orang sebenar yang terlibat melakukan jenayah antarabangsa seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid boleh didakwa di mana-mana negara (bukan sahaja di negara tempat dia melakukan jenayah itu) dan juga di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Dalam undang-undang ekonomi antarabangsa, orang sebenar boleh menyaman negara atau kerajaan di tribunal timbang tara antarabangsa jika terdapat triti yang membenarkan negara untuk disaman kerana melanggar hak orang sebenar seperti hak ke atas harta. Hal ini berlaku selepas Revolusi Iran pada tahun 1979 apabila orang sebenar dalam kalangan warga Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan ekonomi di Iran sebelum Revolusi tersebut, menerima kemudaratan akibat tindakan negara Iran. Tribunal Tuntutan Iran-Amerika Syarikat ditubuhkan dengan persetujuan kedua-dua negara pada tahun 1981 bagi memberikan bidang kuasa kepada tribunal tersebut untuk menyelesaikan tuntutan orang sebenar terhadap Iran.
mistake of factkesilapan faktaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah.

Kembali ke atas