Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الهدرpercuma (mati luka)Agama IslamFiqhTindakan jenayah yang tidak boleh dituntut pembalasan.
kafalah mudfahjaminan tertakluk masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah.
cosmetic claimtuntutan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPernyataan yang mengandungi perakuan tentang kegunaan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Pengawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tuntutan manfaat kegunaan produk kosmetik hendaklah mempunyai justifikasi dengan bukti yang kukuh dan/atau berdasarkan kandungan formulasi atau sediaan kosmetik tersebut. Produk kosmetik tidak boleh dituntut sebagai ubat. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab mendaftarkan produk kosmetik di pasaran harus mendapatkan nasihat undang-undang atau pakar untuk memastikan tuntutan yang dicadangkan tidak melanggar akta atau peraturan yang sedia ada.
sleep pawnbrokinggadaian lelapEkonomiEkonomi IslamBarang gadaian yang tidak boleh lagi dituntut oleh penggadai setelah tamat tempoh notis peringatan terakhir penebusan. Oleh itu, barang gadaian menjadi milik pegadai dan penggadai tidak lagi mempunyai hak untuk menebus semula barang tersebut.
immunitieskekebalanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Contohnya, negara berdaulat, pegawai diplomatik dan pertubuhan antarabangsa adalah pihak-pihak yang memiliki kekebalan, iaitu tidak boleh didakwa atau dituntut daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara.
electrical exemption clausefasal pengecualian elektrikPentadbiran PerniagaanTiadaFasal berhubung dengan kerosakan alat elektrik yang disebabkan oleh aliran elektrik yang tidak dijanakan melalui sumber biasa. Kerugian ini boleh dituntut jika berlaku kerosakan disebabkan oleh kebakaran tersebut.
sukuk/trust certificatesukukEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Perolehan boleh dituntut oleh pemegang sijil berdasarkan kepada prinsip tertentu seperti prinsip al-ijarah, musyarakah dan mudarabah. Sekiranya aset tersebut boleh diniagakan maka sijil tadi dikenali sebagai sijil aset kewangan boleh niaga. Sebaliknya jika aset tersebut tidak boleh diniagakan maka sijil berkenaan dikenali sebagai sijil kupon sifar tak boleh niaga. Contohnya sukuk ijarah, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.
kafalah munajjazahjaminan segeraPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang berkuat kuasa dengan segera. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin sekarang juga hutang A yang telah anda berikan kepadanya". Hutang tersebut boleh dituntut daripada penjamin pada masa itu juga kerana tidak dinyatakan tempoh dan syarat.
tribunaltribunalPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau orang yang menjalankan fungsi kehakiman di luar sistem kehakiman biasa. badan kehakiman ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu. Badan ini adalah sebuah badan yang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam menjalankan tugasnya. Ia turut berfungsi sebagai badan penyiasat dan membuat keputusan terhadap kes yang difailkan. Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna yang difailkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini menjadi satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seseorang pembekal atau pengilang dengan jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 (2005).

immunity of organisationkekebalan pertubuhanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang diberikan kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kebal daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. Malah, agensi pertubuhan antarabangsa itu juga tidak boleh didakwa atau dituntut di dalam mahkamah nasional. Contoh penggunaan kekebalan ini terdapat dalam kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights.
12

Kembali ke atas