Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Bertanam cempedak di luar kota,
     Tumbuh rendang condong ke desa;
Orang nan tidak memandang harta,
     Tapi memandang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama akhbar seperti Utusan Malaysia, Kosmo, perlu ditulis condong ataupun tidak. Artikel dalam akhbar itu pula perlu ditulis bagaiman? Perlu condong juga ataupun tidak. Terima kasih.Dalam petikan ejaan nama akbar ditulis dengan hururf condong, begitu juga dalam petikan yang bersumberkan media cetak ejaan nama tajuk ditulis dengan huruf condong.Ejaan16.08.2012
Adakah perkataan Google Form, Google Classroom perlu di tulis secara condong?Frasa "Google Classroom dan Google Form" merupakan kata nama khas dan tidak perlu ditulis condong.Lain-lain07.08.2023
Selamat pagi. Saya ingin bertanya, adakah perkataan/ungkapan alhamdulilah dan insya-Allah dieja condong dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Perkataan 'alhamdulillah' dan 'insya-Allah' merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kedua-dua kata ini tidak dieja condong. Sila lihat Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 60 dan 833).Lain-lain16.08.2022
Bagi penggunaan bahasa inggeris, seperti e-book adakah ia perlu ditulis secara condong atau tidak perlu dicondongkan.

Perkataan “e-book” mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, iaitu “e-buku”. Oleh yang demikian, sila gunakan perkataan bahasa Melayu “e-buku”. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Inggeris yang dimuatkan dalam teks berbahasa Melayu perlu dihurufcondongkan.

Makna08.01.2024
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah nama-nama fon/muka taip seperti Arial, Palatino, Bodoni dan sebagainya perlu ditulis condong (italic) dalam penulisan?Salam sejahtera. Nama-nama fon/muka taip seperti Arial, Palatino, Bodoni dan sebagainya tidak perlu ditulis condong (italic) dalam penulisan.Lain-lain30.10.2017
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?)

1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung.

2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan.

3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur.

4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 

5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang.  

6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 

7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. 

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. 

Tatabahasa21.10.2011
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ

contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh.

Tatabahasa17.09.2011
Salam tuan/puan, Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan condong. Adakah Malayan People's Anti Japanese Army, Malayan Union, Force 136 perlu dicondongkan (italic)? Setahu saya tidak perlu tapi ada sesetengah buku termasuk buku DBP tidak standard penggunaan "italic" ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.Huruf condong digunakan untuk menunjukkan terdapat sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara yang perlu dicondongkan ialah judul karya seni dan penerbitan, nama Sains, karya undang-undang, kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Jika dilihat kepada apa yang tuan/puan berikan, perkataan-perkataan tersebut perlu dicondongkan kerana menggunakan bahasa Inggeris.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 83.
Tatabahasa23.03.2017
Adakah kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu perlu ditulis secara huruf condong (italik)?Kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu tidak perlu ditulis secara huruf condong/italik. Ejaan25.11.2022
123456

Kembali ke atas