Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Bertanam cempedak di luar kota,
     Tumbuh rendang condong ke desa;
Orang nan tidak memandang harta,
     Tapi memandang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flatdatarLandskapTiadaSatu permukaan yang rata, tidak tegak , tidak condong dan tidak bercerun.
administrative neutralitykeberkecualian pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran

civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

anteversionanteversiPerubatanTiadaKeadaan apabila sesuatu organ atau sebahagian daripada sesuatu organ condong ke hadapan, tetapi tidak membengkok seperti yang terjadi semasa antefleksi. Bdg. retroversi.
tiltcondong; sengetPerubatanTiadaKeadaan gigi yang tidak tegak atau miring ke sebelah.
inclined axispaksi condongFizikMekanikPaksi yang tidak mendatar atau mencacang.
tension woodkayu teganganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu tidak normal yang terbentuk pada bahagian atas dahan atau batang kayu condong bagi kayu keras. Kayu ini mempunyai kadar pengecutan memanjang yang melebihi kadar kayu normal dan mengalami tompok basah semasa pengeringan dan permukaan yang berserabut apabila dipotong.
invariable planesatah tak berubahMatematikTiadaSatah yang merentasi pusat graviti seluruh sistem suria, dan mengekalkan arahnya yang tidak berubah dalam angkasa lepas. Satah ini condong 1 darjah 35' 8 ke arah ekliptik, dan berada di antara satah orbit Musytari dengan satah orbit Zuhal.
congenitally missing toothketiadaan gigi kongenitalPergigianTiadaGigi yang tidak terdapat pada rahang sama ada dalam atau luar tulang mandibel atau maksila. Ketiadaan gigi ini bukan disebabkan cabutan, trauma atau karies. Gigi ini memang tidak terbentuk kerana gangguan gen yang terlibat dalam pembentukan gigi. Akibatnya kemungkinan terdapat ruang yang besar antara gigi dan menyebabkan gigi condong ke arah ruang tersebut.
tilt fishingpancing tautPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan batang kayu yang dililitkan dengan tali dan kail di hujungnya. Batang kayu ini di dipacak condong pada tanah dan tali pancing diletakkan di dalam air secara menegak. Kaedah memancing ini digunakan semasa memancing di sawah padi, sungai dan perairan yang tidak berarus.
12

Kembali ke atas