Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)
Peribahasa

Memecah damar atau pagu.

Bermaksud :

Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rudui[Òu.duj]kata adjektifmengantuk, mata layu.Aku tengok hang ni rudui saja, hang tak cukop tidoq ka.[A.ku tE.N/ hAN ni Òu.duj sA.dZA hAN tA/ tSu.kop ti.d)Ö kA]Aku lihat engkau ini mengantuk sahaja, engkau tidak cukup tidurkah.
capcap[tSAp.tSAp]kata adjektifberkenaan makanan yang tidak terlalu berkuah, atau berkenaan sawah yang tidak terlalu banyak airnya, cukup-cukup.Nak bagi sedap masak toyu tu, kuah dia kena capcap saja.[nA/ bA.gi s«.dAp mA.sA/ to.ju tu ku.wAh di.jA k«.nA tSAp.tSAp sA.dZA]Kalau hendak menambahkan sedap masakan berkicap itu, kuahnya hendaklah cukup-cukup sahaja.
terentat[t«.Ò«n.tAt]kata adjektifberkenaan tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain yang tidak boleh menjadi besar, berbantut, terganggu dan lain-lain.Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja.[p.k/ d«.Òi.jAn tu t«.Ò«n.tAt pA.sAj tA/ tSu.kop bA.gi bA.dZA]Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup.
bahari[bA.hA.Òi]kata namapelawak.Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa.[hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA]Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka.

Kembali ke atas