Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima setengah tidak gunanya;
Belas memandang tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah juga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
initial setset awalKejuruteraanPetroleumMasa atau ketika buburan simen yang digunakan mulai mengeras dan tidak boleh digerakkan atau dipam lagi, walaupun tekanan pengepaman yang dikenakan cukup besar.
pameopameoKesusasteraanPuisiHasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk!
sweepimbas elektronikKomunikasiKorporatAlat elektronik yang digunakan untuk menambah baik mutu rakaman audio dalam penerbitan filem, muzik, atau iklan. Alat ini menggunakan perisian komputer yang berfungsi sebagai pengimbas masalah audio dan penyunting audio. Alat ini juga digunakan apabila mutu rakaman sesuatu penerbitan tidak mencapai tahap yang boleh mewujudkan impak kepada khalayak. Mutu rakaman yang tidak memuaskan ini boleh berlaku semasa proses rakaman audio atau proses penyuntingan, ataupun kerana mutu suara yang sememangnya tidak cukup mantap. Penggunaan alat ini boleh memperbaik kesilapan tersebut tanpa mengeluarkan kos dan masa tambahan seperti melakukan rakaman dan penyuntingan semula.
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
food securitykeselamatan makananPertanianAgroteknologiKeadaan dalam sesebuah negara berkaitan dengan status ketersediaan makanan untuk bekalan rakyatnya. Keselamatan makanan wujud sekiranya semua rakyat pada setiap masa mempunyai akses kepada makanan yang cukup, selamat dan berkualiti untuk memenuhi kehidupan yang aktif dan sihat. Makanan ini boleh dihasilkan sendiri oleh negara melalui pertanian atau diimport dari luar negara. Sekiranya jumlah makanan yang terdapat daripada kedua-dua sumber ini mencukupi untuk keperluan rakyat, maka tahap keselamatan makanan dianggap tinggi. Namun begitu, kebergantungan pada pengimportan makanan akan mendedahkan negara itu kepada risiko kerana pasaran makanan sedunia mungkin berubah-ubah dan terdapat kemungkinan makanan untuk diimport tidak mencukupi. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan makanan, sesebuah negara mestilah mempunyai sektor pengeluaran makanan yang produktif.
self feedingpemakanan sendiriVeterinarTiadaSistem pemberian makanan kepada ternakan seperti ayam, lembu dan babi melalui corong tuang untuk membolehkan ternakan mendapat makanan dengan mudah di sepanjang masa. Ternakan akan memakannya mengikut keperluan harian dan berhenti apabila cukup. Sistem ini mempunyai kebaikan dari aspek pengurusan ternakan seperti kurang penggunaan tenaga buruh, mengelakkan pembaziran makanan, dapat menggalakkan pertambahan berat badan harian ternakan dan mempercepatkan pemasaran. Walau bagaimanapun, sistem ini lebih sesuai untuk makanan berasaskan bijirin dan tidak sesuai untuk makanan pukal seperti rufaj.
normalnormalSainsHidrometeorologiNilai purata untuk beberapa tahun bagi unsur meteorologi seperti tekanan, suhu, curahan hujan atau jangka waktu sinaran matahari. Nilai meteorologi normal tertakluk pada unsur �ketakpastian� disebabkan oleh perubahan cerapan tahun-ke-tahun; min ralat piawai yang dikira yang berkurangan dengan bertambah panjangnya tempoh yang diambil kira untuk perhitungan purata merupakan suatu pengukuran ketakpastian tersebut. Dalam pemilihan kepanjangan tempoh yang sesuai, suatu kompromi harus diambil, iaitu tempoh itu mestilah cukup panjang supaya ralat piawai min yang dikira menjadi kecil, tetapi tidak terlalu panjang sehingga terdapat risiko bahawa tempoh itu mengandungi kecenderungan sekular yang ketara (perubahan normal) pada cerapan. Pada masa lalu, 30 tahun dianggap suatu kompromi yang wajar dan biasa digunakan untuk mencari normal.

Kembali ke atas