Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quarantinekuarantinTeknologi MaklumatPerisianProses mengasingkan fail yang telah dijangkiti virus, cecacing atau kod hasad lain yang dapat dikesan oleh suatu perisian antivirus. Proses ini merupakan salah satu langkah yang dilakukan oleh sebarang perisian selain membaiki dan menghapuskan fail yang telah dijangkiti. Proses ini menyebabkan fail yang dijangkiti tidak dapat dicapai oleh sistem. Pengasingan fail yang dijangkiti adalah penting supaya kod hasad tersebut tidak menjangkiti fail lain. Salah satu teknik pengkuarantinan adalah dengan menggunakan penyahsulitan dengan menjadikan fail tersebut tidak bermakna tanpa kekunci penyahsulitan.
virus hoaxvirus olok-olokTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan berusaha mencari dan membuang fail yang dinamakan tersebut daripada sistem komputer. Biasanya fail yang dinamakan dalam maklumat palsu ini adalah sebenarnya sebahagian daripada sistem pengoperasian. Pembatalan fail tersebut akan menyebabkan sistem pengoperasian tidak dapat berfungsi dengan betul atau berhenti sepenuhnya.
genegenPsikologiPsikologi UmumSatu bahagian atau kawasan kecil dalam rantaian kod asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat untuk pertumbuhan organisma hidup yang dihasilkan melalui proses persenyawaan. Setiap individu mempunyai lebih kurang 40,000 gen bagi menentukan ciri fizikal seperti warna mata, rambut, bentuk paras rupa dan warna kulit. Terdapat juga antara ciri tersebut ditentukan oleh gen tunggal tetapi dalam kebanyakan kes, sifat manusia dikawal oleh himpunan gen atau poligen. Gen boleh bersifat dominan atau resesif. Ciri ibu atau bapa yang dikawal oleh gen dominan akan diperturunkan kepada anak-anak mereka, sementara gen resesif hanya akan muncul apabila ketiadaan gen dominan. Contohnya, dalam rabun warna, gen dominan dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti penyakit ini. Walau bagaimanapun, sekiranya gen dominan tidak ada, maka anak tersebut akan menghidapi buta warna.

Kembali ke atas