Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa laman carian pantun tidak dapat dimasuki?Untuk pantun - masukkan sebarang kata pada ruang carian, klik pada puisi akan keluar paparan utk pantunLain-lain18.01.2010
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak.Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah.  Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus"Tatabahasa23.12.2016

Kembali ke atas