Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Jikalau tidak hujan di bukit,
     Keduduk tidak berbunga lagi;
Jikalau tidak dapat bujang berjoget,
     Saya tidak menari lagi.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Dada manusia tidak dapat diselam.

Bermaksud :

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(140)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, sekali lagi saya ingin luahkan pendapat saya mengenai bahasa Melayu sekarang. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu saya kira bermula dari pihak yang lebih berkuasa dalam menguruskan sesuatu bahasa itu. Seperti contoh istilah "mata-mata" (yang dahulunya bermaksud "polis"). Jikalau pihak DBP dan pakar bahasa Melayu menggunakan kembali istilah-istilah lapuk dan lama itu pasti masyarakat menggunakannya kerana tidak dapat tidak mereka harus menggunakan bahasa surat dalam hal keperluan atau urusan rasmi seperti mesyuarat, penyampaian berita dan sebagainya. Istilah dan kosa kata lapuk itulah yang sebenarnya mencerminkan jati diri sesuatu bangsa itu dan tiada guna kita meminjam sesuatu yang kita sudah ada seperti istilah "mata-mata" untuk "polis" yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Istilah kita adalah hak kita untuk memberi maksud terhadap istilah itu. Saya berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan pandangan saya untuk kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu.Kami ambil maklum pandangan tuan dan akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan pihak yang berwenang seperti pengamal media. Ada juga kecenderungan pihak tertentu untuk menggunakan kembali istilah yang pernah popular suatu ketika dahulu, seperti penggunaan perkataan "danau" bagi merujuk pembangunan perumahan di Putrajaya.Lain-lain16.11.2015
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat.

2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu.
3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak:
4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
Tatabahasa22.07.2018
Assalam.tuan/puan Soalan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Jawapan: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. Tepatkah jawapan di atas? Terima kasih AzuraAyat Aktif: Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat.
Ayat Pasif: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan.
Tatabahasa26.05.2019
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
Adakah frasa hilang jejak dan apakah maksudnya Teeima kasih
Hilang jejak bermaksud tidak dapat dikesan, tidak dapat dihubungi, tidak diketahui keberadaaan seseorang dan lain-lain. 
Makna28.06.2020
Salam, Saya ingin mengetahui pihak saya tidak dapat email Sijil Pengesahan dan sudah cuba klik link yang disedia untuk mencetak Sijil tersebut tetapi tidak ada apa yang boleh saya cetak. Tolong email saya Sijil untuk tujuan permohonan lesen. Terima KasihKami tidak dapat menghubungi tuan (ruang maklumat pelanggan tidak dapat dibuka). Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP di talian 03-21479389/9373.Lain-lain22.06.2015
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
a) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dia lihat bapa lakukan. b) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dilihatnya yang dilakukan bapa. Ayat mana satukah yang betul dan gramatis? Sila jelaskan.Kedua-dua ayat tidak gramatis. untuk makluman tuan, kata tanya "apa" digunakan dalam ayat tanya, dan tidak digunakan dalam ayat penyata.Tatabahasa05.09.2014
jika tidak dapat lihat file , sila jawab Terima kasih kerana inilah kali pertama send fileLampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai.Lain-lain11.11.2021
Boleh tanya soalan? Apakah terjemahan yang sewajarnya untuk perkataan "invincible" atau "undefeated"....? . Sebab ingin menterjemah sesuatu dokumen daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk satu laman web....Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud invincible ialah tidak dapat dikalahkan, tidak dapat digoncang atau tidak dapat dikikis manakala undefeated ialah tidak kalah atau tewas.Makna14.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas