Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Ada satu anak Semarang,
     Pakai cukin kain jarang;
Kalau tidak tunas di batang,
     Pokok yang mana boleh dicabang?


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poor Steppehutan jarang SteppeGeografiTiadaKawasan tanah rumput Steppe yang rumputnya tumbuh jarang-jarang dan tidak subur.
ice pelletsgentelan aisSainsHidrometeorologiKerpasan gentelan ais lut sinar atau lut-cahaya, yang terbentuk sfera atau tidak menentu, jarang-jarang berbentuk kon dan mempunyai diameter 5 mm atau kurang. Gentelan ais terdiri daripada dua jenis dan kini selalu dinyatakan dalam kod cuaca sebagai; Titisan hujan beku atau emping salji yang sebahagian besarnya lebur dan membekun semula; dan gentelan salji yang terbalut di selaput nipis ais.
electrical stormribut elektrikSainsHidrometeorologi1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu dan jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin kencang bertiup, dengan banyak debu terdapat dalam udara, tetapi tidak melibatkan aktiviti ribut petir. 3. Sama dengan ribut arus bumi.
zombie learnerpelajar zombiTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran.
homogeneous crystallizationpenghabluran homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk.
nephrogenic diabetes insipidusdiabetes insipidus nefrogenikPerubatanTiadaSejenis diabetes insipidus yang diakibatkan oleh keadaan tubul ginjal yang tidak peka terhadap hormon antidiuresis. Penyakit ini jarang-jarang berlaku.
autotetraploidyautotetraploidiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan atau organisma yang mempunyai empat salinan bagi setiap genom dalam komposisi kromosomnya. Autotetraploidi terjadi hasil penggandaan komposisi kromosom pada peringkat leluhur dan jarang-jarang berlaku pada haiwan vertebrat. Autotetraploidi boleh berlaku secara semula jadi melalui penduaan pada suatu masa dalam kitaran hidupnya, atau secara buatan melalui aplikasi haba, sejuk atau kimia kolkisin. Dengan wujudnya set tambahan kromosom, autotetraploid boleh (tetapi tidak semestinya) menjalani meiosis secara normal.
hyetal regionwilayah hietalSainsHidrometeorologiWilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh.
spilloverlimpahanKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses apabila atom atau molekul yang terjerap pada permukaan mangkin mula meresap secara resapan permukaan dari atom mangkin ke permukaan penampung. Ini menyebabkan keputusan eksperimen yang tidak logik dalam menentukan keluasan permukaan penjerapan secara eksperimen. Proses ini berlaku jika penampung adalah jenis karbon dan jarang-jarang berlaku jika penampung jenis alumina dan silika digunakan.
haemolytic uraemic syndromesindrom uremia hemolisisPerubatanTiadaSindrom yang jarang dan tidak diketahui etiologinya, berlaku pada kanak-kanak di bawah umur satu tahun, dicirikan dengan kegagalan ginjal berfungsi, anemia hemolisis mikroangiopati dan trombositopenia dan purpura yang teruk.
12345

Kembali ke atas