Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Bulan puasa memetik kelapa,
     Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
     Kenangan diberi kekal abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud darulfana? apakah pula maksud asmaradana? bolehkah kedua-dua perkataan tersebut digunakan?Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkatanaan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan.Makna22.07.2008
INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN DEFINISI STRUKTUR TIDAK KEKAL STRUKTUR YANG MUDAH UNTUK DIPASANG DAN DI BUKA SEMULA SERTA BOLEH DIUBAH-UBAH LOKASINYA.

Kekal bermaksud dalam keadaan tidak berubah atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu, tidak bersifat sementara dan berterusan.

Berdasarkan makna tersebut, struktur tidak kekal boleh diterjemahkan kepada struktur yang berubah atau tidak tetap pada kedudukan, bersifat sementara dan tidak berterusan.

Makna29.10.2021
apakah maksud darulfana dan asmaradana? bolehkah kedua-duanya digunakan dalam bm? apakah perbezaan antara kebelakangan ini dan belakangan ini?Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. Kebelakangan dan belakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu kemudian itu, akhir-akhir ini, kesudahannya, akhirnya, atau (lebih) belakang.Makna23.07.2008
Apakah perbezaan antara cenderamata dan cenderahati? Mengikut PRPM, takrif cenderahati adalah sama dengan cenderamata. Namun kursus yang saya pernah hadiri menyatakan cenderamata adalah benda yang kekal seperti plaque manakala cenderahati adalah benda yang boleh digunakan dan tidak kekal seperti buah-buahan.Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas.Tatabahasa07.02.2014
Berdasarkan teks novel tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan, m/s: 114. Beliau terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. perkataan "terpana" membawa maksud apa? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan pana, yang ada ialah fana, bermaksud tidak kekal atau musnah. Namun, jika merujuk contoh penggunaan terpana dalam ayat tersebut, maksud yang paling sesuai ialah kagum atau terpesona.Makna11.01.2012
apakah maksud darulfana dan asmaradana? bolehkan kedua-duanya digunakan dalam bm? kebelakangan ini dan belakangan ini sama maksud ke? bolehkah digunakan sebagai penanda wacana?
Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. Kebelakangan dan belakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu kemudian itu, akhir-akhir ini, kesudahannya, akhirnya, atau (lebih) belakang.Wacana bermaksud kesatuan pemikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Pastikan penggunaan perkataan ini sebagai penanda wacana kerana soalan tidak jelas.
1
Makna23.07.2008
"terpana" banyak digunakan di dalam buku-buku, lirik lagu, dsb. Tetapi adakah kata dasarnya "pana"? "terpana" tidak ada di dalam kamus dewan dan juga tiada dalam carian DBP. Adakah "terpana" diterima sebagai perkataan dalam bahasa malaysia?Kata terpana atau pana tidak ada dalam sumber rujukan kami, paling hampir ialah kata fana yang berasal dari bahasa Arab dan bermaksud tidak kekalLain-lain19.03.2009
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQwang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir  tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal.Makna19.03.2008
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
apa itu pembangunan lestari?Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal.Makna11.06.2012
12345678

Kembali ke atas