Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 
TELAGA BATU

TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUMBI GIGIKapsyen          :           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas