Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah perbezaan di antara "bertaburan" dan "berselerakan" ? Jawaban yang paling tepat untuk ayat di bawah ialah "bertaburan" atau "berselerakan"? 1) Buku sekolahnya ______ di atas mejanya. Sekian terima kasih.Buku sekolahnya bertaburan/berserakan di atas mejanya. Berserakan bermaksud tidak tersusun atau tidak kemas, atau bertaburan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berserakan.Makna23.04.2012
Perkatan kemas kini perlu dijarakkan atau tidak?Perkataan kemas kini perlu dijarakkan.Ejaan02.05.2023
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai'

Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun.

Tatabahasa14.03.2008
Assalam dan salam sejahtera, saya bagi pihak guru TABIKA KEMAS daerah Ranau, Saabah ingin memohon bantuan dari pihak DBP untuk mendapatkan artikel dan cerita berkenaan sirah Rasul bagi kegunaan pertandingan Hari Potensi KEMAS yang meletakkan syarat wajib menggunakan artikel dan cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majalah Dewan Pelajar sahaja. Bagaimanapun kami menghadapi masalah untuk mencari tajuk-tajuk yang dikemukakan di dalam syarat-syarat tersebut. Saya memohon kepada pihak DBP untuk membantu kami dalam membuat carian atau menyatakan buku yang mempunyai tajuk-tajuk tersebut dan mencadangkan cara termudah untuk mendapatkannya memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir. Dalam lampiran adalah tajuk yang kami perlukan. Terima kasih.Salam sejahtera, Pertandingan Hari Potensi KEMAS Untuk makluman tuan/puan, syarat pada perkara 7.2 telah diubah suai untuk tidak terikat dengan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, sekiranya pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai KEMAS Ibu Pejabat W.P Putrajaya (Puan Megawati melalui talian 012-329 4696). Sekian, terima kasih.Lain-lain06.08.2021
1)seorang murid lelaki menyusun meja dengan kemas 2) seorang murid lelaki mengelap cermin tingkap dengan baik. adakah kedua-dua ayat ini betul?Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi tidak sejadi (natural) kerana frasa kerjanya membayangkan ada pelaku tertentu yang telah melaksanakan perbuatan menyusun dan mengelap.  Ayat yang sesuai ialah 1) Murid lelaki itu menyusun meja dengan kemas. 2) Murid lelaki itu mengelap cermin tingkap dengan baik.Makna11.05.2011
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih.1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan ....
3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan.
4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.

Tatabahasa17.10.2012
Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat ini? TKKumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. Perkataan bergaris ialah perkataan yang tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan penggunaan perkataan yang betul dan binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa05.11.2014
1. Istana Seri Menanti ( teguh amat atau amat teguh ) walaupun tidak menggunakan paku. 2. Cikgu Azmi menulis ( mutiara kata atau kata mutiara ) pada dinding kelasnya dengan kemas. Soalan: Yang mana satu betul penggunaan kata dalam kurungan tersebut.Jawapan yang betul ialah 1. Istana Seri Menanti amat teguh walaupun tidak menggunakan paku. 2. Cikgu Azmi menulis mutiara kata pada dinding kelasnya dengan kemas.Lain-lain28.07.2010
salam sejahteraa, 1. Adakah ayat di bawah ini boleh diterima/dikatakan betul? a. Meja itu kemas dan cantik. b. Kantin itu kemas dan cantik. 2. saya keliru dengan penggunaan kata ganti nama 'ia' sekarang ini, adakah boleh digunakan sebagai kata ganti nama bagi manusia, haiwan,tumbuhan dan benda? 3. penggunaan koma juga mengelirukansaya dan rakan-rakan. Adakah penggunaan koma sebelum 'dan' boleh diterima?atau sama ada terdapat koma atau tidak sebelum 'dan' itu boleh diterima?(Maksudnya kedua-duanya betul.) cth: Ali, dan Abu.... Ali, Abu, dan Amin..... Ali, Abu dan Amin.... terima kasih.1. Ayat itu betul.
2. Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi ia tidak digunakan kepada haiwan.
3. oleh diletak koma sebelum dan apabila menyenaraikan perkara yang berbeza kategori seperti Emak ke pasar membeli ikan, sotong, dan bakul.
Tatabahasa01.03.2012
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini.Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini.Lain-lain24.10.2018
123456

Kembali ke atas