Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul. "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi" Terima kasih.Ayat "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi." adalah betul.Tatabahasa24.10.2011
"Saya tidak akan melupakan semua pelajar di kelas di kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." atau "Saya tidak akan melupakan semua pelajar dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." Antara ayat di atas, yang manakah betul dan mengapakah jawapan tersebut betul?

Ayat betul ialah Saya tidak akan melupakan semua pelajar di dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. "Di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa22.03.2011
Apakah ayat songsang untuk ayat-ayat berikut. (a) Pengacara meminta para tetamu untuk duduk kerana acara akan bermula tidak lama lagi. (b) Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak daripada berlarutan.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Contohnya: a) Meminta para tetamu untuk duduk pengacara kerana acara akan bermula tidak lama lagi. b) Perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan pihak berkenaan. Tatabahasa08.11.2015
SALAM...MINTA STATUS KELAYAKAN UNTUK BILLBOARD YANG AKAN DI IKLANKAN TIDAK LAMA LAGI. SILA RUJUK PADA FILE YANG SAYA LAMPIRKAN.TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu, puan hendaklah klik pada domain Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila lampirkan iklan setelah pendafratan dibuat dan maklum balas diberikan melalui e-mel yang didaftarkan.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2014
Saya bercadang untuk membuat kain rentang untuk kedai yang saya akan buka tidak lama lagi. Tetapi, saya perlu pengesahan dari pihak DBP terhadap 'design' kain rentang tersebut sebelum ia boleh dicetak. Diharap pihak DBP dapat memberi maklum balas pengesahan terhadap penggunaan bahasa pada kain rentang tersebut. Gambar 'design' kain rentang ada pada fail yang saya lampirkan besama dengan soalan ini. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Adakah perkataan "baru" masih boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang tidak lama. Saya keliru penggunaan perkataan "baharu" dalam media massa.Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa23.01.2011
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa23.07.2011
Tuan/Puan, Tidak lama dulu saya ada melihat panduan menulis surat rasmi di website DBP. Sekarang saya tidak dapat mencari m/s itu. Harap dapat bantuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih Muthu 05 Jan, 2010Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan.Lain-lain05.01.2010
Salam sejahtera, tuan. 1. Saya menghantar emel kepada kawan saya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) internet. 2. Perkataan "tiba", "sampai" dan "datang" diikuti dengan perkataan "di" atau "ke"? 3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun (sampai/tiba/datang). 4. Saya berasa terkejut (dan/lalu) cepat masuk ke dalam rumah. 5. Pencuri itu (berasa/-) takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Adakah perkataan "berasa" itu penting? Apakah perbezaan antara perkataan "berasa" dan "rasa"? 6. kakak minum teh di dalam rumah atau kafe? / kaka minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe? 7. walalupun saya berenang di atas permukaan air, tetapi saya harus menulis "saya berenang di dalam air"? 8. Saya mencari maklumat DI DALAM BILIK menggunakan komputer pada setiap hari. / Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari. 9. Adakah turutan nama(N), aktiviti(A), tempat(T), benda(B) dan keterangan (K) itu penting? contohnya, saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu. Terima kasih1. Saya menghantar emel kepada kawan saya. 
2. Perkataan tiba/sampai/datang + di/ke bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya apabila kereta api tiba di stesen itu ramai penumpang yg turun dan mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan tiba.  
3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun sampai/tiba/datang.
4. Saya berasa terkejut lalu cepat masuk ke dalam rumah.
5. Pencuri itu takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasa dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berasa untuk melihat perbezaan makna rasa dan berasa. 
6. Kakak minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe.
7. Walalupun saya berenang di dalam air.
8. Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari.
9. Dalam pembentukan ayat pola yang ada ialah Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Sendi Nama dan Frasa Nama + Frasa Adjektif. Walau bagaimanapun pola ini boleh berubah dalam ayat songsang. Contohnya ayat saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu dan ayat pada hari Ahad yang lalu saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok, kedua-duanya betul.
Tatabahasa03.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas