perry | perry | Sains | Hidrometeorologi | Hujan sangat lebat yang turun dengan tidak semena-mena. |
rainfall duration | tempoh lebat hujan | Kejuruteraan | Tiada | Tempoh hujan turun pada kadar tidak kurang daripada 0.1 mm sejam seperti yang diperoleh daripada tolok hujan rakam diri. |
drainage systems | sistem perparitan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem yang dibina untuk mengumpul dan menyalirkan air supaya tidak berlakunya kawasan banjir apabila hujan lebat. Sistem ini terdiri daripada rangkaian longkang, parit, paip dan saliran yang mengumpulkan air serta menyalirkannya ke sungai atau laut. Bagi kawasan tanah gambut, sistem perparitan digunakan untuk mengawal paras air di dalam tanah supaya keasidan tanah sesuai untuk tanaman. Bagi tanaman padi pula, sistem perparitan boleh membantu mengawal masa untuk membanjirkan dan mengeringkan kawasan tanaman. |
shrub | pokok renek | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis). Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat. Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan. |
shrub | pokok renek | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis). Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat. Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan. |
platform planting | penanaman platform | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman di atas satu tapak yang dibina khas di lereng bukit. Kaedah ini dapat melindungi kawasan bukit tersebut daripada hakisan apabila hujan lebat. Melalui kaedah ini, hanya sebahagian kecil kawasan platform itu sahaja yang diusahakan tanpa mengganggu kawasan lereng bukit yang tidak ditanam. Contoh tanaman yang sesuai ditanam di kawasan ini ialah pokok durian dan pokok-pokok hutan seperti jati. |
rain | hujan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | kerpasan dalam bentuk titisan air yang mempunyai diameter yang melebihi 0.5 mm atau kurang daripada 0.5 mm, sekiranya kerpasan ini tersebar luas. Bagi tujuan pencerapan, keamatan hujan pada sebarang ruang dan masa tertentu boleh dikelaskan seperti yang berikut: i. amat renyai; titisan yang tersebar dan tidak membasahi permukaan sepenuhnya walaupun turun berterusan; ii. renyai; titisan yang kadar curahannya di antara 0.1 mm/jam hingga 2.5 mm/jam, dan kadar curahan tidak melebihi 0.25 mm dalam tempoh 6 minit; iii sederhana; titisan yang kadar curahannya antara 2.5 mm/jam hingga 7.5 mm/jam; iv. lebat; titisan yang kadar curannya melebihi 7.5 mm/jam. |