Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)
Peribahasa

Bagai berseru di padang pasir.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epidemyepidemiBiologiPatologiKeadaan penyakit yang parah dan tersebar luas dalam masa yang singkat, dalam sesuatu kawasan yang tidak luas. Keadaan ini berlaku jika ada patogen yang virulen, perumah yang rentan, dan faktor persekitaran yang sesuai bagi perkembangan patogen. bd. edemi,pandemi.
street soccerbola sepak jalananSukanTiadaPermainan bola sepak yang tidak mengikut spesifikasi atau peraturan yang sebenar seperti penggunaan padang tidak luas, peralatan yang terhad dan sebagainya.
street footballbola sepak jalananSukanTiadaPermainan bola sepak yang tidak mengikut spesifikasi atau peraturan yang sebenar seperti penggunaan padang tidak luas, peralatan yang terhad dan sebagainya.
area moment of inertiamomen sifatekun luasMekanikGunaanUkuran kuantitatif bagi agihan jejarian sesuatu luas di sekitar sebarang paksi tertentu. Simbol yang digunakan untuk momen sifatekun luas ialah I. Unit ukurannya ialah m4. (Perhatikan bahawa momen sifatekun luas tidak ada kaitan dengan momen sifatekun jisim. Istilah ini digunakan semata-mata keranaungkapan matematik yang memerihalkannya menyerupai ungkapan yang memerihalkan momen sifatekun yang sebenar). Secara matematik, momen sifatekun luas infinitesimal dI bagi unsur pembeza yang mempunyai luas dA diukur di sekitar sebarang paksi ditakrifkan sebagai ‘hasil darab luas unsur itu dan kuasa dua bagi jarak terdekat r di antara unsur itu dengan paksi yang berkenaan’, iaitu dI = r2 dA. Maka momen sifatekun luas bagi seluruh luas yang berkenaan diberikan oleh sebutan IA = òr2 dA. Paksi rujukan untuk menghitung momen sifatekun luas berada di satah yang sama dengan satah luas berkenaan ataupun normal padanya. Momen sifatekun yang diukur dari paksi-paksi Cartesan di satah luas berkenaan dinamai momen sifatekun segi empat tepat, dan yang diukur dari paksi yang serenjang dengan satah x-y dinamai momen sifatekun kutub. Simbol untuk momen sifatekun segi empat tepat ialah Ix dan I, manakala simbol untuk momen sifatekun kutub ialah JO. Dalam ilmu mekanik, momen sifatekun luas digunakan dalam analisis daya teragih. Nilai momen sifatekun luas sentiasa positif. Momen sifatekun luas juga dinamai momen kedua luas.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
theorems of Pappusteorem PappusMekanikGunaanDua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari paksi-x [Rajah T2]. Jika lengkung atau luas yang berkenaan berkisar melalui sudut q yang kurang daripada 2p, maka diperoleh hubungan yang lebih umum, A = qyL dan V = qyA. Teorem-teorem Pappus biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan sentroid apabila luas permukaan kisar ataua isi padu jasad kisar diketahui. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 200 RAJAH T2
Tchebycheff ruleaturan TchebycheffKejuruteraanTiadaKaedah pengiraan luas dan momen luas bagi satah yang dibendung oleh garis lengkung. Walau bagaimanapun ordinat sela sekata tidak diperlukan seperti dalam aturan Simpson.
local legendslegenda tempatanKesusasteraanTiadaLegenda yang tidak tersebar luas, hanya berkisar pada sesuatu tempat tertentu terutama mengenai asal usul dan keajaibannya. Contoh: Batu Belah Batu Bertangkup.
dimensionmatraMatematikTiadaIstilah yang merujuk kepada benda ;yang ada panjang, luas, atau isi padu. Benda yang hanya ada panjang, seperti garis lurus dikatakan bermatra satu. Sesuatu permukaan yang ada luas, tetapi tidak ada isi padu dikatakan bermatra dua. Benda yang berisi padu dikatakan bermatra tiga.
cross-sectionkeratan rentasFizikAtom dan NuklearLuas yang bilangan tindak balas berlaku adalah sama dengan hasil darab bilangan zarah sasaran dengan bilangan zarah tuju yang serenjang dengan permukaan sasaran. Luas keratan rentas ini biasanya tidak sama dengan luas keratan rentas geometri nukleus. Unitnya ialah barn (10-28 meter persegi). Sinonim keratan rentas nukleus.
123456789

Kembali ke atas