Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANKRAP

Bankrap, keadaan apabila seseorang, syarikat atau pemilik perniagaan (penghutang) berada dalam keadaan tidak mampu membayar hutangnya, biasanya lebih besar daripada jumlah aset.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep
NECKER, JACQUES

Necker, Jacques (1732–1804) ialah negarawan

Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI.

Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan

Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan

negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk

selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika.

Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang

dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan

tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya

mampu menangguhkan masalah serius yang

sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan

istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya

laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan

berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan

kepada golongan orang kesukaan istana. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1781.

UMUM 
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA

PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura.  Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh.  Tahap keberkesanannya juga gak terhad.  Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas