Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abandontinggalPetroleumTiada

Meninggalkan telaga yang tidak menguntungkan.

dilemmadilemaSejarahTiadaKeadaan apabila seseorang itu terpaksa memilih antara dua benda ataupun dua arah tindakan yang kedua-duanya tidak menyenangkan atau tidak menguntungkan.
well abandonmentpeninggalan telagaKejuruteraanPetroleumProses menghentikan pengeluaran bendalir dari telaga pembangunan apabila kadar pengeluarannya telah menurun ke paras yang tidak menguntungkan lagi, atau proses meninggalkan telaga liar yang telah dibuktikan tidak produktif. Jenis-jenis peninggalan yang mungkin dilakukan adalah peninggalan subpermukaan, peninggalan permukaan atau peninggalan dasar laut bagi telaga di kawasan lepas pantai. Rujuk : peninggalan dasar laut; peninggaln subpermukaan.
divestmentnyahlaburPengurusanPerancanganTindakan strategik sesebuah syarikat yang menjual sebahagian daripada unit perniagaan, fungsi atau asetnya yang masih beroperasi atau yang telah ditutup. Tindakan ini diambil oleh sesebuah syarikat perniagaan yang menghadapi situasi lebihan unit perniagaan, fungsi atau asetnya, dan hanya dilakukan sekali sahaja dalam situasi tertentu. Tujuan tindakan nyahlabur dilakukan adalah untuk mengawal kos operasi syarikat dan mengelakkan syarikat tersebut daripada terus melabur dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Contohnya, syarikat konglomerat yang terpaksa menjual sebahagian aset syarikatnya yang dikenal pasti membebankan kos operasi, bagi mengurangkan kerugian perniagaan.
commensalismkomensalismeBiologiEkologiPerhubungan antara dua organisma yang menguntungkan satu organisma dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada organisma yang satu lagi. Misalnya, bakteria saprofit mungkin hidup di dalam salur alimentari haiwan tanpa memberikan apa-apa faedah atau kerugian kepada haiwan tersebut.
refusesisa kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian pokok atau balak yang tidak boleh diusahasilkan dari hutan, atau tidak dapat digunakan dengan menguntungkan dalan undustri perkayuan, walapun sebagai kayu api.
Rossetto hypothesishipotese RossettoBiologiPatologiHipotesis yang mengatakan bahawa penyebaran perosak (trmasuk patogen) yang tidak seragam adalah lebih baik dan menguntungkan perosak tersebut, kerana sifat ini boleh mengurangkan tekanan pemilihannya terhadap perumah.
gene-for-gene hypothesishipotesis gen-untuk-genBiologiPatologiHipotesis yang mengatakan bahawa penyebaran perosak (termasuk patogen) yang tidak seragam adalah lebih baik dan menguntungkan perosak tersebut, kerana sifat ini boleh mengurangkan tekanan pemilihannya terhadap perumah.
vested interestkepentingan diriSains PolitikPolitik PerbandinganKepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahBiologiEkologiPenilaian kos suatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos/faedah adalah kecil , ini bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadang kala nilai kos sukar untuk untuk diberi nilai kuantitatif, dan ini mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis tersebut. Misalnya, dalam analisis tentang perusahaan perumahan dan kompleks peranginan di kawasan hutan pergunungan yang penting sebagai kawasan tadahan air, kos yang wujud akibat kerosakan ke atas keseimbangan edaran hidrologi, seperti kawalan hakisan tanah dan banjir yang disebabkan oleh projek tersebut sepatutnya dicampurkkan ke dalam jumlah kos perusahaan tersebut, tetapi tidak dicampurkan kerana nilainya tidak dapat ditentukan secara kuantitatif.
12

Kembali ke atas