Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative control mechanismsmekanisme kawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Susunan atau jalinan cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengukur, mengawas dan memantau pelaksanaan tadbir urus serta perjalanan bidang tugas pentadbiran. Mekanisme kawalan pentadbiran perlu bersifat sistematik dan menyeluruh bagi memastikan segala bidang tugas agar tidak menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Terdapat empat langkah utama yang menjadi mekanisme kawalan pentadbiran iaitu; (i) menetapkan piawai prestasi; (ii) mengukur pencapaian dan prestasi; (iii) membuat perbandingan dan mendapatkan maklum balas; dan (iv) mengambil tindakan pembetulan. Di samping itu, terdapat tiga pendekatan kawalan pentadbiran iaitu kawalan awal, kawalan serentak dan kawalan maklum balas. Mekanisme kawalan pentadbiran ini penting bagi memastikan operasi pentadbiran tidak terganggu.

apoliticaltak politikSejarahTiadaSesuatu atau seseorang yang menyimpang, kurang berminat atau tidak melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik.
aberrationaberasiPerubatanTiada1. Keadaan yang menyimpang daripada biasa, misalnya aberasi mental. 2. Pembiasan sinaran cahaya ataupun pemfokusan cahaya yang tidak sempurna oleh kanta sehingga mengakibatkan pengherotan bentuk imej.
bentbengkokKesenianSeni BinaSifat sesuatu bahan yang tidak lurus. Contohnya, jika dikaitkan dengan jalan, laluan, sungai atau longkang, ia kelihatan menyimpang dari garis lurus ke arah yang ditentukan.
inversie/inversionsusun terbalik; inversiKesusasteraanTiadaUrutan kata yang menyimpang dari kebiasaan dan selalunya terdapat dalam pembentukan sesebuah puisi. Contoh: 'Puteri Zubaidah' menjadi 'Zubaidah Puteri' seperti syair di bawah. Gilang-gemilang cahaya berseri, Laksana bulan empat belas hari, Cantik majlis tidak terperi, Habis menurut Zubaidah Puteri.[hlm 445]
administrative depressionkekecewaan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kemurungan atau kehampaan birokrasi yang berlaku kerana kegagalan individu atau organisasi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran. Antara elemen kekecewaan pentadbiran ialah kegagalan naik pangkat, kurang kemahiran, mangsa pilih kasih, hubungan renggang di tempat kerja, konflik dalaman, masalah disiplin pekerja, output yang rendah, prestasi yang lemah, kedudukan kewangan yang rapuh dan budaya organisasi yang tidak sihat. Senario ini akan menjejaskan semangat untuk bekerja, menambah tekanan dan menimbulkan pelbagai bentuk konflik dalam pengurusan organisasi. Kekecewaan pentadbiran juga boleh berlaku sekiranya anggota organisasi menyimpang daripada tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya tanpa berpandukan misi dan objektif yang hendak dicapai.


Kembali ke atas