Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan tanda garis miring "/" dalam surat rasmi kerajaan. Saya dimaklumkan bahawa tidak perlu jarak antara dua perkataan (contoh: tuan/puan). Walau bagaimanapun, saya melihat didalam pekeliling dan surat rasmi kerajaan, terdapat jarak selepas tanda garis miring (contoh: PP 10/2017 "10. Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ..."). Mohon pencerahan pihak DBP berhubung perkara ini.Benar, tanda garis miring (/) tidak memerlukan jarak antara dua perkataan. Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda ini seperti yang berikut:

        a) Nombor rujukan surat rasmi.
                  DBP/173/14/4 K.3 (68)

        b) Sebagai pengganti kata dan, atau dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.
                  Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan
                  Kos cetak RM3.00/naskhah
                  22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai    
Tatabahasa09.04.2018
Assalamualaikum, bagaimana untuk menyebut tanda miring '/' apabila merujuk kepada alamat? Adakah istilah 'strok' boleh diterima? Contoh: Jalan Titian 3/4. Adakah disebut /tiga miring empat/ atau /tiga strok empat/?Penggunaan tanda palang ( / )  paling sesuai apabila menyebut sesuatu alamat. Tanda garis miring(/) juga boleh digunakan. Perkataan strok tidak sesuai kerana membawa makna yang lain.

Tatabahasa07.11.2019
Mengenai peristilahan, jika istilah bahasa asing tersebut merupakan pinjaman tulen tidak asimilasi ke dalam bahasa Melayu, perlukah dieja miring? Contohnya, bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung aspirin dan juga, Wikipedia, Facebook, Whatsapp. Terima KasihEjaan miring (italic) boleh digunakan untuk istilah atau perkataan yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, tetapi untuk kata nama seperti Facebook, Wikipedia dan seumpamanya tidak perlu ejaan miring (italic) hanya menggunakan huruf besar pada pangkal.  Ejaan10.05.2020
Adakah 'hmm' perlu diitalikkan?Perkataan "hmm" tidak perlu dieja secara miring.Lain-lain02.11.2015
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul.
1.    Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju.  2.    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan  pe-...-an menjadi pengelasan.
Tatabahasa17.04.2017
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan.Tatabahasa23.10.2012
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
Salam sejahtera, Apakah nama-nama simbol seperti @, #, &, *, -, _, / dan lainnya dalam Bahasa Melayu? Terima Kasih. NAIMJALILDalam buku Gaya Dewan tanda baca atau simbol yang diberi nama dan ada fungsinya tersendiri dalam penulisan adalah seperti yang berikut: ( - ) ialah sempang dan ( / ) ialah garis miring; simbol yang lain tidak ada dalam buku ini tetapi lazimnya ( _ ) dikenali sebagai garis bawah, ( * ) bintang, ( # ) garis silang; manakala simbol ( & ) bermaksud dan dan simbol ( @ ) bermaksud atau dan di (ikut kesesuaian konteks penggunaannya).Lain-lain26.01.2011
Merujuk kepada jawapan tatabahasa 31.10.2020 berkenaan penulisan italik/miring/condong dalam kurungan khususnya bahasa asing. Boleh saya dapatkan sumber yang menyatakan penggunaan tersebut?. Merujuk kepaga Gaya Dewan Edisi ke-3 hlm. 75,-77 dan 83-84 memang tidak dinyatakan penggunaan bahasa asing perlu dicondongkan melainkan kategori yang dinyatakan di atas. Boleh pihak tuan berikan sumber rujukan lanjut kerana ada fahaman menyatakan setiap bahasa asing perlu dicondongkan walaupun dalam kurungan dan petikan. Terima Kasih.Kata asing yang ditulis dalam tanda kurung tidak perlu ditulis condong. Mohon maaf atas kesilapan maklumat dalam jawapan pada tarikh yang tersebut.Tatabahasa13.04.2023
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
123

Kembali ke atas