Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
SENI BINA PASCA MODENGerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
SLESSOR, KENNETH

Slessor, Kenneth (1901–1971) ialah salah

seorang daripada pemuisi moden Australia yang

terpenting. Dia terkenal kerana membawa

kemodenan ke dalam puisi Australia selepas

tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak

mengambil peduli tentang subjek tradisi awal

Australia yang terdiri daripada pengiring,

pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia

tidak mengambil berat tentang landskap Australia.

Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan

puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran

baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih

moden dan bersifat universal berbanding pemuisi

Australia yang lebih awal.

UMUM 
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 
DEGAS, EDGARDegas, Edgar (1834–1917) ialah pelukis

impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis

yang lain, dia mahu menggambarkan

keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun,

dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan

impresionisnya dalam hal warna dan cahaya.

UMUM 
SESSIONS, ROGER

Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah

dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat,

serius dan intelektual. Sessions menulis

dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya

bahawa seseorang penggubah tidak harus

terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja.

Sessions mengarang muzik untuk orkestra,

kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ

dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera.

Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra

The Black Maskers (1923). Sessions pernah

memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik

pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for

Orchestra (1981).

UMUM 
AGASSIZ, LOUIS

Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam

 kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis

haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal

kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk

fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak

berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin.

Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren-

Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di

Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah

ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan

menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard

University pada tahun 1848 (lihat Geologi).

UMUM 
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH

Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873–

1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia

dan salah seorang pemain piano yang teragung

dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara

amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia,

Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an.

Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun

1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden.

Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik

loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir

melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi

ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia

mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya

sendiri yang ghairah dan amat mendalam.

UMUM 
12

Kembali ke atas