Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modern stylegaya modenKesenianSeni BinaGaya reka bentuk moden yang diperkenalkan dari era modenisme. Seni bina moden biasanya bebas daripada elemen-elemen yang tidak perlu. Tumpuan seni bina moden diberi pada aspek ruang, dan bukannya pada aspek hiasan atau butiran yang tidak relevan seperti dalam seni bina klasik. Cita rasa moden mementingkan kesederhanaan dan kejelasan ruang. Bangunan seharusnya kelihatan bersih, berfungsi, bersifat lebih ringkas dan mudah.
blank versesajak tanpa rimaKesusasteraanPuisiPuisi moden yang tidak mempunyai rima di hujung setiap barisnya. Seki ranya rangkap sesebuah puisi itu terdiri daripada empat baris. ia tidak berima. Contohnya, puisi "Waktu" karya Ahmad Sarju. Seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan.
cantsendi kataKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan dalam sesebuah puisi terutama puisi moden yang tidak dapat berdiri sendiri sama ada sebagai subjek atau predikat. Penggunaan bertujuan menegaskan sesuatu makna yang hendak disampaikan. Umpamanya kata sendi, kata hubung dan partikel lah, kah, pun dan talz yang boleh digabungkan kepada perkataan lain. Sinonim kant.
modern bureaucracybirokrasi modenPentadbiranTiadaBentuk pentadbiran dan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan mengambil kira unsur-unsur pembaharuan berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku. Birokrasi moden juga merangkumi corak pembahagian autoriti atau kuasa tanggungjawab pengurusan dalam organisasi, seperti pemencaran kuasa yang dibuat oleh peringkat atasan terhadap para pengurus yang bertanggungjawab terhadap jabatan atau bahagian masing-masing. Brokrasi moden juga melibatkan amalan sistem organisasi yang lebih terbuka dan peka terhadap kehendak dan keperluan semasa. Contoh elemen birokrasi moden ialah jaringan yang lebih banyak antara organisasi, peraturan dan kawalan yang tidak mengongkong kakitangan, penyaluran maklumat yang lebih telus untuk memudahkan kakitangan, kemudahan yang lebih banyak dan penggunaan teknologi terkini
perfect fluidbendalir sempurnaFizikModenBendalir yang tidak mempunyai kelikatan.
BauhausBauhausKesenianSeni BinaIdeologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen.
baytbaitKesusasteraanPuisiBaris-baris yang membina rangkap atau untai sesebuah puisi. Dalam puisi tradisional seperti pantun dan syair biasanya sesuatu bait itu terdiri daripada empat baris atau enam baris. Manakala dalam puisi moden jumlahnya tidak tetap.
line of versebaris sajakKesusasteraanPuisiBaris-baris yang terdapat pada puisi tradisional atau moden. Dalam puisi tradisional, terutama dalam pantun dan syair, jumlahnya ditetapkan empat baris dalam setiap rangkap. Namun dalam puisi moden jumlah pembentukan baris dalam setiap rangkap ini tidak ditetapkan. Begitu juga baris-baris yang membentuk keseluruhan sesebuah puisi itu, kecuali bentuk soneta yang ditetapkan sebanyak 14 baris.
modern architectureseni bina modenKesenianSeni BinaSeni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina klasik, bahan binaan daripada kayu dilepa untuk menyerupai binaan batu. 6.��Penggunaan bahan binaan buatan industri. 7.��Menitikberatkan tampak garisan mendatar dan menegak. Contoh bangunan yang dibina pada era seni bina moden ialah Istana Kaca (1935) di Belanda oleh arkitek, Frits Peutz yang menggunakan gabungan kaca dan besi waja.
recrystallizationpenghabluran semulaFizikModenPenghabluran struktur hablur yang tidak melibatkan perubahan bentuk kimia hablur berkenaan.
12345678910

Kembali ke atas