Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heat resistanttahan habaTeknikElektrikBerkaitan dengan bahan yang tidak mudah cair atau berubah bentuk apabila berada di tempat panas. Contoh bahan yang tahan haba untuk kegunaan elektrik ialah mika, kaca, tembikar, serabut kaca, dan silikon.
insulatorpenebatTeknikElektrikBahan berintangan tinggi yang tidak mudah membenarkan arus melaluinya. Bahan ini mempunyai sedikit elektron bebas, dan valensi elektronnya lima dan lebih; penebat terbaik mempunyai lapan valensi. Sungguhpun begitu, ciri-ciri penebat akan berubah mengikut perubahan arus atau suhu. Penebat digunakan, contohnya sebagai pembalut pengalir/kabel agar tidak berlaku litar pintas atau kebocoran arus.
rate protectionperlindungan kadarKomunikasiKorporatTempoh kadar bayaran pengiklanan yang ditetapkan berdasarkan persetujuan yang terdapat dalam kontrak. Persetujuan dicapai antara pihak pengiklan dengan pihak penyiar atau penerbit siaran iklan. Perkara yang dipersetujui ialah kadar bayaran tidak akan berubah selagi tempoh kontrak masih sah. Tempoh masa ini biasanya boleh mencapai tiga bulan hingga setahun dari tarikh kontrak ditandatangani. Perlindungan kadar berfungsi sebagai jaminan kepada pengiklan supaya tidak mudah dipengaruhi oleh ketidakstabilan sistem penentuan harga kos ruang dan masa iklan.
giant magnetoresistance (GMR)magnetorintangan raksasa (GMR)FizikNanoteknologiFenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api.
uncommitted voterpengundi tidak terikatSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand.
loose smutsmut longgarBiologiPatologiSmut yang dicirikan dengan seluruh isi bijirin yang terserang berubah menjadi spora kulat tetapi tidak tertutup rapat. Keadaan begini menyebabkan spora tersebut mudah keluar dan disebarkan oleh angin. Contohnya ialah penyakit yang disebabkan oleh kulat Spacelotheca cruenta pada sorgum. bd. smut selubung.
popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.

Newronain fluidbendalir NewtonanKimiaTiadaBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
Newronain fluidbendalir NewtonanKejuruteraanPetroleumBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
ngilasngilasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parastemon urophyllus daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Semenajung ialah nyalas, dan di Sabah ialah mendailas. Gubal kayu ngilas tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu semasa segar dan berubah menjadi coklat kelabu apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan tetapi sukar dikerjakan. Kayu ngilas sesuai untuk kerja binaan sederhana, lantai tahan lasak dan lantai parket.
12

Kembali ke atas