Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud : 1. Konservatif 2.Salafi. 3.Khalaf Boleh berikan contoh ayat untuk pemahaman(i) Konservatif = bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yang telah menjadi tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Ayat : Usul supaya sistem pendidikan diubah telah ditentang oleh pihak konservatif. (ii) Salafi = ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama Hijrah. Ayat : Ulama salafi ... (iii) Khalaf = ulama yang hidup selepas tiga abad pertama Hijrah.Makna14.10.2006
makna konservetifKonservetif tiada makna. Namun demikian, jika kata yang dimaksudkan konservatif, maksudnya menurut Kamus Dewan ialah bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Contoh ayatnya ialah: Usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak konservatif. Kata konservatif juga dapat digunakan untuk makna bagi kata kolot atau tidak moden.Makna13.11.2006
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris.

Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan).  Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

 

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.

 

          Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini.  Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.

Istilah06.11.2015

Kembali ke atas