Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rebus ubi tanam di kampung,
     Sawah ladang tidak berpadi;
Putus tali boleh disambung,
     Patah arang kerat sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous mixerpencampur berterusanKejuruteraanTiadaPencampur konkrit yang menerima batu, pasir, simen dan air secara berterusan, dan konkrit mengalir keluar daripadanya dalam aliran yang tidak putus-putus.
broken linegaris putus-putus; talian terputus-putusPerubatanTiadaGarisan yang tidak berterusan, berjeda atau terputus.
foldlipatan; lipatPentadbiran PerniagaanTiada2. Lipatan: Sesuatu yang berlipat seperti kain, kertas dan sebagainya.,3. Lipat: Sesuatu yang dipatahkan dengan tidak putus supaya kedua bahagiannya berlapis.
hopelessnessputus harapanPerubatanPsikiatriPerasaan tidak bermaya dan tidak yakin terhadap masa depan disebabkan oleh penyakit atau masalah yang ditanggung.
hitchesikatanPerikananTiadaTeknik untuk mengetatkan atau mengeratkan tali pada sesuatu objek. Ikatan biasanya bersifat sementara dan tidak kukuh. Terdapat pelbagai teknik ikatan tali pancing yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan jenis pancingan yang dilakukan. Ikatan yang kuat dan kukuh perlu dilakukan bagi memastikan ikatan tali pancing tidak putus apabila direntap oleh mangsa.
interruptedterganggu; tersampukPerubatanTiadaTerganggu: Berkaitan dengan sesuatu yang tidak berterusan atau terputus-putus.
strawberry generationgenerasi strawberiTeknologi Maklumate-PembelajaranGenerasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis.
skinning wirepembuangan kulit dawaiTeknikElektrikPenanggalan penebat kabel dengan menggunakan pisau atau alat khas bagi tujuan penyambungan. Semasa kerja ini dilakkan pengalir tidak boleh rosak atau putus, dan penebat itu tidak dibuang terlalu jauh dari pangkalan sambungan. Bagi penebat dua lapis, kulit dawai hendaklah dibuang selapis demi selapis. Sinonim pelucutan.
broken linkpautan putusTeknologi MaklumatTiadaPautan yang tidak berfungsi lagi. Apabila pautan tersebut diklik, mesej ralat dipaparkan, menandakan pautan ini sudah tidak wujud lagi. Ini mungkin disebabkan masalah pelayan yang tidak wujud lagi, atau ditutup sementara atau fail telah dihapuskan atau dipindahkan kepada pelayan lain.
despairputus asaPerubatanTiadaPerasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan.
123

Kembali ke atas