Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Dua puluh ramai soldadu,
     Soldadu balik dari berperang;
Abang tidak mati dahulu,
     Kalau mati bertindih tulang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legitimation critiskrisis kesahanUndang-undangTiadaJeadaan apabila orang ramai tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap pemerintah.
private companysyarikat persendirianPentadbiranTiadaSyarikat yang beroperasi mengikut Akta Syarikat 1965 pemindahan hak milik saham tidak terhad, ahli tidak melebihi 50 orang, tidak menerima wang simpanan orang awam dan tidak boleh menawarkan saham yang diterbitkan kepada orang ramai.
public companysyarikat awamPentadbiranTiadaSyarikat yang beroperasi mengikut Akta Syarikat 1965 pemindahan hak milik saham tidak terhad, ahli tidak melebihi 50 orang, tidak menerima wang simpanan orang awam dan tidak boleh menawarkan saham yang diterbitkan kepada orang ramai.
representative democracydemokrasi berperwakilanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional.
mudarabah sharesaham mudarabahEkonomiEkonomi IslamSaham yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan dana daripada orang ramai dengan menggunakan prinsip mudarabah. Syarikat mengeluarkan saham yang mencatatkan tentang harga, tempoh dan terma akad. Dana terkumpul dilaburkan dalam projek yang dibenarkan oleh syarak supaya orang ramai dapat berkongsi keuntungan atau kerugian. Pemegang saham mudarabah tidak mempunyai hak untuk melantik lembaga pengarah syarikat seperti hak pemegang saham biasa.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.
mass opinionpendapat massaSains PolitikPolitik PerbandinganPandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut.
popular mobilizationmobilisasi popularSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan yang membangkitkan semangat orang ramai untuk mendorong mereka menuntut sesuatu daripada pemerintah dan dilakukan secara berhimpun serta berarak. MobiIisasi ini biasanya terdapat di negara komunis seperti di China yang dipimpin oleh Mao Tse Tung. Walau bagaimanapun gerakan ini tidak lagi terbatas kepada negara komunis tetapi sudah menular ke negara bukan komunis seperti FiIipina dan Indonesia pada dekad 1980-an dan 1990-an. Melalui gerakan ini, orang ramai dipengaruhi dengan sesuatu isu, idea atau tuntutan yang menarik. Ini menyebabkan mereka sanggup berkumpul untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa mereka mendapat sokongan majoriti dan kerajaan tidak ada piIihan selain memenuhi tuntutan mereka.
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.
lockdownsekatan pergerakanUndang-undangTiadaSatu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan.
12345678

Kembali ke atas