Dulu parang, sekarang besi. | Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. | Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuntung jarum dilaga. | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. | Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |