tak sama | not equal/unequal | Perihal tidak sama saiz, kuantiti atau nilai. Simbol yang digunakan ialah ≠. | Menengah Rendah |
tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama kadar atau bentuk, atau tidak malar. | Menengah Rendah |
tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |
segi tiga tak sama kaki | scalene triangle | Segi tiga yang ketiga-tiga sisinya tidak sama panjang. Lihat rajah | Menengah Atas |
segi tiga tak sama kaki | scalene triangle | Segi tiga yang ketiga-tiga sisinya tidak sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
garis selari | parallel lines | Garis-garis lurus yang jarak tegaknya sentiasa sama antara satu sama lain, yang tidak bertemu atau tidak bersilang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
garis selari | parallel lines | Garis lurus yang berada pada satah yang sama dan tidak bersilang antara satu sama lain. Jarak serenjang antara garis-garis selari sentiasa sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
garis selari | parallel lines | Garis-garis lurus yang sama jaraknya antara satu sama lain dan tidak bersilang atau bertemu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |