jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |
neutral | neutral | 1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7. | Menengah Rendah |
hipotesis | hypothesis | Suatu pernyataan yang boleh diuji sama ada benar atau tidak melalui eksperimen. | Sekolah Rendah |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |
pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
malnutrisi | malnutrition | Ketakseimbangan nutrisi, sama ada dari segi kuantiti berlebihan atau berkurangan atau nisbah yang tidak mencukupi untuk tempoh masa yang panjang. | Menengah Atas |
penularan | transmission | Perpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. | Menengah Atas |
ketakserasian | incompatibility | Ketidakupayaan sesuatu bahan seperti darah atau tisu badan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, darah daripada kumpulan B tidak boleh didermakan kepada individu daripada kumpulan O. | Menengah Rendah |
astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |