Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/ Puan, Penggunaan yang manakah betul? Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan Bahasa Melayu dan bila pula untuk Bahasa Malaysia? Mengapa penggunaan frasa ini tidak selaras di Malaysia dan banyak menimbulkan kekeliruan. Harap pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Mengikut Perlembagaan Persekutuan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Malaysia digunakan oleh kerajaan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Oleh itu, kedua-dua istilah ini betul dan digunakan mengikut konteks yang sesuai. Lain-lain30.11.2020
Bolehkah sy tahu buku/sumber apakah yg patut sy gunakan dalam penyemakan penulisan jawi? Bukankah ada buku ejaan jawi baharu selepas Daftar Kata BM Rumi-Sebutan Jawi? Namun konsep ejaannya (lebih-lebih lagi melibatkan huruf hamzah) amat tidak selaras. Bolehkah sy diberikan penjelasan tentang penulisan huruf hamzah?

Untuk makluman tuan, penulisan huruf  Hamzah  dalam tulisan Jawi telah diselaraskan sebaris dengan huruf  lain sebelum dan selepasnya contohnya,  لاءوت , وضوء  untuk memudahkan penulisan. Manakala cara penulisan Hamzah di atas huruf alif ( أ ), Hamzah di bawah huruf alif ( إ ) dan Hamzah berumah masih kekal.  contohnya: seimbang= سأيمبڠ /e-mel = إي-ميل /tahniah= تهنيئه. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman  prpm.dbp.gov.my dengan menaip perkataan dengan  huruf kecil, "laut" klik perkataan "Cari" dan boleh lihat papan ejaan Jawi "لاءوت"

 

 

Ejaan26.11.2020
Bahasa Inggeris: Payment Method Bahasa Melayu: Kaedah Bayaran atau Kaedah Pembayaran? Mohon nasihat apakah perbezaan antara Kaedah Bayaran dan Kaedah Pembayaran? Apakah kedua-duanya merujuk kepada erti yang sama ataupun kedua-duanya mengandungi erti yang lain? Saya rujuk laman web kerajaan mengenai penggunaan tersebut tetapi ianya tidak selaras kerana saya terdapat versi untuk kedua-duanya. Terima kasih.Kedua-dua istilah, iaitu "kaedah bayaran" dan "kaedah pembayaran" adalah sama dan boleh digunakan untuk "payment method".Istilah19.05.2016
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih.

Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu.

Istilah21.11.2019
Selamat petang. Terima kasih atas jawapan yang diberikan pada semua soalan saya. Namun begitu, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Bukankah Bahasa Melayu itu lebih sesuai diguna pakai untuk merujuk pada mata pelajaran, sebab jika Bahasa Malaysia yang digunakan dari segi maksudnya, pada saya ia kurang sesuai kerana Bahasa Malaysia ini seolah-olah melambangkan semua bahasa yang ada di Negara Malaysia?. Jika Bahasa Malaysia yang diguna pakai, kenapa ia tidak selaras? Maksud saya, kertas soalan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM masih menggunakan istilah atau rangkai kata "Bahasa Melayu" di bahagian muka hadapan kertas soalan tersebut? 2. Apakah jawapan yang paling meyakinkan murid jika mereka bertanya tentang penggunaan istilah atau rangkai kata tersebut. Contoh soalan; Cikgu, mana satukah yang betul antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Atau, "Semua panitia Bahasa Melayu atau semua panitia Bahasa Malaysia? Sekian. Terima kasih.Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.

Tuan boleh merujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tatabahasa04.09.2013
Apakah panduan yang diguna pakai oleh DBP untuk membuat transiterasi manuskrip jawi ke rumi? Bagaimana saya boleh memperolehinya sebagai rujukan dan panduan penyelidikan?Untuk makluman saudara, manuskrip dalam ejaan Jawi baru, saya cadangkan saudara menggunakan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun jika manuskrip tersebut dalam tulisan Jawi lama tidak ada panduan khusus yang digunakan kerana bentuk ejaan Jawi lama tidak selaras dan kepakaran tersebut ada pada tokoh2 tertentu seperti Dr. Bukhari Lubis.Tatabahasa03.03.2011
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011.

Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita".  

Tatabahasa20.05.2011
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durasi tetapi mengapa ada istilah itu digunakan dalam istilah bahasa melayu. mengapa tak selaras untuk setiap produk PRPM? soalan saya, wujud atau tidak istilah Durasi? terima kasih tuan,
Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, "durasi" bermaksud tempoh masa berlangsung sesuatu program, persembahan, filem dan sebagainya. Contoh ayat: "Mulai tahun hadapan, durasi program itu akan ditambah dari 15 minit menjadi setengah jam."
Makna12.07.2022
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah.Makna05.06.2009
12345

Kembali ke atas