Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiltcondong; sengetPerubatanTiadaKeadaan gigi yang tidak tegak atau miring ke sebelah.
abnormal spermatozoapermatozoa abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel seks jantan yang mempunyai morfologi tidak normal. Morfologi spermatozoa abnormal dapat dikenal pasti melalui ujian makmal. Morfologi yang abnormal ini akan menyukarkan proses persenyawaan ovum. Contoh morfologi abnormal spermatozoa ialah spermatozoa dengan ekor berganda, tiada ekor, kepala senget, kepala terlalu besar atau berleher bengkok. Faktor penyebab spermatozoa abnormal termasuk jangkitan penyakit, pendedahan kepada toksin, radiasi dan testis yang tidak normal.
shape constancykemalaran bentukPsikologiPsikologi UmumPengamatan yang agak kekal terhadap satu-satu bentuk walaupun bentuk imej dalam retina telah berubah. Contohnya, buku yang berkedudukan senget di atas meja masih boleh dilihat bersegi empat walaupun bentuknya di retina tidak seperti sepatutnya. Walau bagaimanapun, individu yang berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol boleh mengubah kemampuan ini kerana saiz dan bentuk tidak lagi kelihatan malar.
blacktip reef sharkyu sirip hitamPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus melanopterus, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu sirip hitam bersaiz sederhana dan berwarna coklat keperangan di bahagian atas badan serta putih di bahagian bawah badan. Pada puncak sirip dorsal kedua, hujung sirip pektoral, hujung sirip pelvik dan hujung sirip anal ikan ini terdapat tompokan berwarna hitam. Muncungnya pula pendek dan bulat melebar dari pandangan bawah. Jarak dari hujung muncung ke mulut hampir sama dengan jarak di antara kedua lubang hidung. Gigi pada rahang atas adalah kecil, ramping, bengkok dan bergerigi pada pangkalnya. Gigi pada rahang bawah juga kecil, ramping, tegak dan ada yang senget manakala bahagian tepinya bergerigi halus. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai atau joran.

Kembali ke atas