Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fee fishing/pay fishingpancing berbayarPerikananTiadaAktiviti memancing ikan atau udang di kolam buatan yang dikenakan bayaran. Lokasi kolam buatan biasanya diusahakan di kawasan berhampiran bandar. Aktiviti ini sesuai untuk pemancing yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memancing di lokasi semula jadi, seperti di laut atau di sungai.
busydalam gunaan; kecamuk; sibuk; rencamKesenianTiadaRencam: Bahagian-bahagian dalam lukisan yang mengandungi reka bentuk yang bercelaru dan tidak harmoni secara menyeluruh.
busy signalisyarat sibukKomunikasiTiadaIsyarat yang berbentuk gangguan bunyi yang berlaku dalam gelombang elektromagnet di udara. Isyarat ini akan menyebabkan rancangan yang disiarkan tidak dapat dilihat dan didengar dengan jelas.
web ragebengang webTeknologi MaklumatTiadaKekecewaan dan kemarahan pengguna apabila mencapai web. Ia disebabkan oleh perkara seperti pelayan yang sibuk, pautan yang hilang dan tapak web yang tidak direka bentuk dengan baik. Lihat juga pautan reput
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu dan Kini� karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah.

Kembali ke atas