Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam
dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah
s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya
peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w.
mengutuskan seorang utusan untuk menghantar
kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam).
Apabila utusan yang membawa kitab tersebut
singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh
Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia
dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu,
utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah
s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar
satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke
Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan
Hijrah.