Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Sudah mati kutu.

Bermaksud :

Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
biasa1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempelakcela atau cerca yg pedas dgn mem­bangkit-bangkitkan keburukan (kesalahan dll) yg sudah-sudah: hasutan mereka tidak sedikit diendahkannya, sebaliknya ~ yg diberi­kan-nya kpd mereka;menempelak mencerca atau mencela dgn keras (dgn membangkit-bangkitkan hasil yg sudah-sudah), menggusari dan menyesali: sudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~ bapanya di hadapan mukanya;tempelakan tempelak.Kamus Dewan Edisi Keempat
konsekuen(konsékuen) secocok (sesuai, selaras) dgn kata-kata dll yg terdahulu, sama (tidak bersalahan) dgn yg sudah-sudah: tidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
usang1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewasa/déwasa/ 1 (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2 sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3 (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. mendewasakan menjadikan dewasa. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran). pendewasaan perihal mendewasakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tua1 sudah lama hidup; tidak muda lagi; sudah berumur: Neneknya sudah ~. 2 lebih umur (drpd): Anaknya ~ tiga bulan drpd anak jirannya. mak ~ saudara perempuan yg sulung kpd ibu atau kpd bapa. 3 sudah lama; tidak baru lagi; sudah ada sejak dahulukala lagi: Kerisnya ~ tetapi masih berharga. 4 sudah masak atau sudah boleh di­petik (ttg buah-buahan): Buah nangka itu sudah ~. 5 agak hitam; kehitam-hitam­an warnanya; lw cerah: merah ~. ~ bangka orang yg sangat tua tetapi tidak senonoh kelakuannya. ~ ganyut sangat tua. ~ keladi orang yg tua tetapi tidak sedar diri kerana buruk perangai, gila perempuan dll. menuakan 1 menjadikan tua: ~ emas. 2 memandang atau menyifatkan lebih tua drpd. tertua 1 yg paling tua: Buku inilah yg ~ dlm perpustakaan ini. 2 lebih tua: Ahmad ~ dua tahun drpd Hassan. ketuaan sifat atau keadaan tua. ketua pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. pengetua kepala atau ketua sesuatu maktab (kolej dll): Encik Sanusi menjadi ~ Dewan Latihan itu. Yang Dipertua yg dijadikan ketua (sesuatu persatuan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berurut(sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tentu1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas