Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Berapa dalam laut Inggeris,
     Dalam lagi laut Belanda;
Berapa tajam hujung keris,
     Tidak takut menahan dada.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMUT BULL

Semut bull termasuk beberapa spesies semut

di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap

semut betina sesetengah spesies tumbuh

sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh

menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan

rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh

menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan

menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa

ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang.

Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di

pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja

memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli

sains menggangap semut bull ini antara semut

yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur

sosial sekompleks spesies yang lebih maju.

UMUM 
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
SERIBU SATU MALAM

Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi

hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan

yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar.

Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah

bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh

isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil

seorang anak dara lalu dinodainya, dan

dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi

takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka

sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di

bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada

seorang menteri.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas