Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Bermaksud :

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loose knotbuku longgarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBuku kayu yang kejadiannya bebas daripada pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku ini tidak teguh kedudukannya, dan boleh tertanggal atau terkopak semasa penggergajian atau pengetaman, dan meningalkan lubang. Buku longgar mengurangi mutu dan kekuatan kayu. Sin: buku gegai
peritoneumperitoneumPerubatanTiadaMembran serosa yang melapik dinding abdominopelvis dan visera. Membran ini teguh, tidak berwarna, berpermukaan licin dan membentuk kantung yang tertutup pada lelaki. Tetapi pada perempuan, membran ini selanjar dengan membran mukosa tiub uterus.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.
mechanically soundteguh mekanikalTeknikElektrikBerkenaan sambungan yang tidak mudah longgar dan tidak mudah tercabut (regang). Keadaan ini penting bagi setiap sambungan dawai elektrik.
monofilament coil zipperszip gelung monofilamenKesenianTiadaZip yang bergerigi. Giginya dibuat daripada poliester atau nilon yang dilekatkan pada pita yang teguh. Giginya tidak mudah rosak dan melentur mengikut bentuk badan.
open holelubang terbukaKejuruteraanPetroleumSebarang telaga yang tidak mempunyai selongsong di dalamnya atau pun lubang telaga yang tidak dipasang selongsong selepas digerudi dan dilengkapkan. Biasanya terdapat pada daerah yang formasinya teguh dan tidak mudah runtuh atau gugur.
overvaluedterlebih nilaiPentadbiran PerniagaanTiadaHarga sesuatu sekuriti yang dinilai lebih tinggi daripada sepatutnya dan tidak boleh dipertahankan kerana tidak disokong oleh kedudukan kewangan dan perolehan yang teguh.
laminar coriumkorium laminaVeterinarPraklinikalLapisan antara permukaan tulang keranda dengan dinding telapuk. Korium lamina terbahagi kepada lamina peka dan lamina tidak peka. Struktur ini teguh dan berupaya menampung berat badan. Korium lamina juga berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada telapuk.
tight knotbuku ketatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBuku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau terkopak semasa penggergajian dan pengetaman. buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu.
Argentan lacerenda ArgentinaKesenianTiadaRenda tuntung jarum yang berasal dari Perancis. Rupanya seakan-akan renda alenkon tetapi mempunyai kerawang yang besar, teguh dan bersegi enam, tidak sehalus renda alenkon serta mempunyai banyak palang yang berbilang bentuk. Kain net yang asasnya dibuat daripada jahit lubang butang tanpa pintal. Nama asalnya adalah renda tuntung jarum Perancis.
12

Kembali ke atas