Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa “tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis?Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488.Tatabahasa30.10.2009
Kami ingin bertanya dengan lebih lanjut berkenaan padanan "packaged drinking water" yang dicadangkan "air minuman dalam botol". Ini kerana jika digunakan dalam ayat di bawah ini, ia tidak terhad kepada air yang dibungkus dalam botol sahaja tetapi dengan cara yang lain juga. Oleh itu, adakah boleh jika ia dipadankan dengan air minuman berbungkus atau air minuman dibungkus? “Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.”.

Terjemahan yang betul ialah Air minuman dalam botol hendaklah air yang boleh diminum atau air minuman yang dirawat selain air mineral semula jadi, yang terkedap dalam botol atau bungkusan lain, dan menjadi minuman manusia.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2021
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada terdapat perbezaan penggunaan "obligasi" dan "kewajipan", contohnya "obligasi" lebih lazim digunakan dalam bidang kewangan dan "kewajipan" lebih lazim digunakan dalam konteks lain. Terima kasih.Obligasi bermaksud sesuatu yg mesti dilaksanakan atau kewajiban. Penggunaannya tidak terhad dalam bidang kewangan semata-mata, sebaliknya turut digunakan dalam bidang yang lain seperti pentadbiran, ekonomi, pentadbiran perniagaan dan pendidikan.Makna04.06.2020
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih.Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain25.01.2013
Salam, boleh saya tahu kata terbitan 'buka' yang mana yang lebih tepat digunakan dalam ayat berikut, dan mengapa? Dahulu, maraton hanya dibuka/ terbuka kepada kaum lelaki. terima kasihKedua-dua kata terbitan teR- dan di- boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut. Awalan teR- dalam konteks ini membawa maksud tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Awalan di- dalam konteks ini membawa maksud memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai, menyaksikan dan sebagainya.Lain-lain26.08.2021
Assalamualaikum tuan. Saya berhasrat dan bercita-cita untuk menghasilkan penulisan karya sendiri. Namun begitu, pendekatan saya ialah ingin menggunakan tulisan jawi secara total dalam karya dan terbitan saya. Hasratnya mudah, saya ingin mempelbagaikan bahan bacaan jawi dan tidak terhad kepada penulisan kitab agama sahaja. Buku buku berkaitan travelog, pemikiran, idea, fiksyen, komik dan buku-buku moden. Selain itu, hasrat saya, melalui pembacaan buku yang menarik seperti ini, masyarakat akan terdedah dengan daftar kata jawi yang luas dan juga bahasa moden yang kadang kala susah dieja dalam jawi. Kerisauan ini berlaku kerana sepanjang lawatan saya ke kedai buku, terdapat seksyen khas untuk buku mandarin, karya mandarin. Bagi saya, sekiranya karya jawi moden diperbanyakkan, sudah pasti masyarakat tidak rasa asing lagi warisan ini. Pendeknya, sekiranya saya diberikan kemudahan suatu hari nanti untuk menerbitkan buku tersebut, adakah pihak DBP sedia untuk memberi khidmat semak karya jawi saya, untuk menjamin ketulenan tulisan jawi. Dan soalan tambahan, bagaimana saya ingin mendapat kursus panduan penulisan jawi. Sekian, terima kasih. Salam hormat.Salam tuan budiman,

Tahniah dan terima kasih atas hasrat untuk menghasilkan karya sendiri, sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan maklumat untuk penghantaran manuskrip ke DBP untuk makluman selanjutnya.

PENGHANTARAN MANSUKRIP

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan dengan Kursus Panduan Penulisan Jawi, pihak tuan bolehlah mendapatkan maklumat senarai Kursus Akademi DBP 2020 melalui:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/
Nombor telefon: 03-2147 0220/0230
Faksimile: 03-2147-0231

Lain-lain04.01.2020
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "primer" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada sebuah buku pengenalan kecil yang mengandungi fakta asas mengenai sesuatu subjek, yang digunakan terutamanya apabila seseorang mula belajar tentang subjek itu. Bolehkah "buku pengenalan" atau "buku teks" diterima sebagai terjemahan untuk "primer", memandangkan penggunaan buku tersebut tidak terhad kepada murid sekolah?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat padanan maksud bagi perkataan primer yang merujuk kepada buku pengenalan atau buku teks. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan merakamkan maksud primer sebagai yang pertama, yang terpenting atau yang utama. Manakala, introductory school textbook menjurus maksud yang khusus, iaitu buku teks peringkat permulaan (khusus untuk buku teks sahaja).Penyemakan dan penterjemahan26.08.2019
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih.1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya.
2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa11.06.2020
Apa terjemahan "little" dalam contoh seperti "Little China" atau "Little India" yang merujuk kepada komuniti minoriti di satu kawasan asing?

1.       Kami mencadangkan padanan terjemahan “pekan” untuk “little”.

2.       Penggunaan “little” tidak terhad kepada komuniti minoriti di kawasan asing sahaja.

Istilah06.05.2023
12345678

Kembali ke atas