Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kain pelikat di dalam peti,
     Satu Jumaat sekali buka;
Sudah terikat dalam hati,
     Satu rakaat tidak lupa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terikat kaki tangan.

Bermaksud :

Sudah tidak berkuasa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bangsa asing?Bangsa asing merupakan kumpulan manusia yang tidak terikat dalam satu ikatan ketatanegaraan. Ini bermaksud kumpulan bukan warganegara yang memasuki sesebuah negara untuk tujuan tertentu.Makna03.02.2008
apakah maksud dasar langit terbuka?Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri.Makna26.09.2007
Assalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai bagi: 1) Non-binding resolution 2) Honored Colleague Terima kasihWaalaikumsalam WBT. Cadangan terjemahan kami, (1) Non-binding resolution - Penyelesaian Tidak Terikat (2) Honored Collegue - Felo Kehormat.Penyemakan dan penterjemahan11.01.2016
selamat sejahtera. apakah perbezaan diantara puisi dan sajak? bolehkah diterangkan perbezaan susunan antara kedua-dua tersebut? sekian,terima kasih.SAJAK ialah sebuah hasil puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan seumpamanya. Manakala puisi ialah semua jenis karangan berangkap termasuklah sajak.Lain-lain19.04.2007
Apa maksud badan bebas?Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. Makna27.05.2008
ADAKAH BETUL PENGGUNAAN PERKATAAN INI "semilir menerpa"Soalan yang dikemukakan lebih kepada bidang sastera. Namun demikian, bagi membantu, jika "semilir menerpa" ini digunakan dalam sajak , ia bebas digunakan kerana sajak sendiri bentuknya bebas atau tidak terikat.Lain-lain10.09.2007
apakah maksud "gala"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Gala membawa maksud : i) sejenis damar; gala-gala, gegala pakal yangg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar; bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) Sastera lama sangat berlebih-lebihan. ii) ; segala-gala seluruhnya, semuanya.Makna11.02.2014
salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
  2. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
  3. Perahu itu terikat pada tepi jeti.
Tatabahasa21.01.2015
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012
Minta tanya apakah bacaan e bagi perkataan koster? Terima kasih:)Tidak ada perkataan koster dalam pangkalan data kami. Berdasarkan pola keselarasan vokal, pasangan 0 - e taling seperti boleh. Walau bagaimanapun jika koster ialah terjemahan daripada bahasa Inggeris sebutannya tidak terikat kepada pola keselarasan vokal.Tatabahasa08.09.2013
1234567

Kembali ke atas