Tesla, Nikola (1856–1943), jurutera elektrik yang
umumnya terkenal sebagai pencipta motor aruhan.
Semasa masih belajar, dia telah mereka sebuah
motor tanpa penukar tertib. Tesla mencipta sebuah
motor bergegelung tersusun yang apabila
gegelung-gegelung itu tidak sejalan, arus ulang-alik
membekalkan tenaga dari medan magnet yang
dihasilkannya berputar pada kelajuan seperti yang
ditentukan terlebih dahulu. Lihat Motor elektrik.
Tesla mempatenkan motor medan berputar ini
pada tahun 1888. Dia memperkenalkannya ketika
motor yang seperti itu dicari untuk alat sokongan
kepada arus ulang-alik. Dia menjualnya kepada
syarikat George Westinghouse yang
memajukannya menjadi motor komersial.
Tesla turut memajukan medan voltan tinggi dan
radas frekuensi. Dia mencipta gegelung Tesla,
suatu sistem pencahayaan arca, penjana arus
frekuensi tinggi dan sebuah sistem penghantaran
wayarles.