Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tortuositykeliukanPertanianTiadaKeadaan keliangan tanah yang tidak tersusun lurus.
order hardeningpengerasan tertibPerubatanTiadaPengerasan aloi yang mempunyai taburan atom yang tidak tersusun pada kekisinya melalui pengolahan haba.
bureaucratisationpembirokrasianPentadbiranPentadbiran Awam

  Proses menjadikan sebuah organisasi yang tidak tersusun kepada satu organisasi yang lebih berstruktur dengan wujudnya jabatan, bahagian, divisyen atau unit organisasi. Pembirokrasian melibatkan perancangan yang sistematik untuk menentukan perkara, kaedah dan individu yang mentadbir dan yang ditadbir. Pembirokrasian mencakupi proses penggembelengan semua bentuk sumber yang ada di dalam organisasi seperti tenaga kerja, kewangan, mesin dan peralatan, serta infrastruktur. Antara proses pembirokrasian ialah penstrukturan semula organisasi, rombakan atau pengambilalihan pengurusan.

logorrhealogoreaKesusasteraanTiadaUjaran dalam karya sastera yang menggunakan perkataan yang sukar, tidak tersusun, berbelit-belit, berulang-ulang serta tunggang terbalik. Ujaran ini biasanya ditemui dalam karya puisi dan prosa. Lagorea berasal daripada perkataan Yunani logorrhea yang bermaksud perkataan �pengaliran atau luahan perkataan�.
calluskalusBotaniTiadaTisu yang terdiri daripada sel-sel parenkima yang tumbuh dalam keadaan tidak tersusun. Kalus biasanya terbentuk daripada permukaan yang luka seperti pada pangkal keratan organ sebelum akar adventitius muncul. Kalus bermula daripada sel-sel kambium vaskular dan di sekitarnya, dan kadangkala daripada sel-sel korteks dan empulur. Pembentukan kalus juga berlaku dalam keadaan in vitro atas media pemakanan dan persekitaran yang sesuai. Lihat juga parenkima, kambium vaskular.
amorphous regionkawasan amorfKimiaTiadaBahagian molekul selulosa pada dinding sel yang mengandung mikrofibril yang tidak tersusun secara selari dan mempunyai jarak yang berbeza.
amorphous regionbahagian amorfusPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian molekul selulosa pada dinding mikrofibril yang tidak tersusun secara selari dan mempunyai jarak yang berbeza. Bahagian ini mudah ditembusi dan mudah bertindak balas dengan bahan kimia.
ionic liquidcecair berionTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGaram berbentuk cecair yang mengandungi ion yang tidak tersusun dan mengakibatkan pelarut berada dalam keadaan cair di bawah suhu 100°C atau suhu bilik.
amorphousamorf/amorfusNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPepejal bukan hablur yang atomnya tidak tersusun secara berkala. Contoh pepejal amorfus ialah kaca tingkap, gel, filem tipis, dan bahan-bahan nano struktur seperti kaca. Sinonim pepejal amorfus, pepejal tidak berhablur.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakaman pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold Bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalaman Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya, To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan nada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh William James dalam bukunya, Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul, Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen “Igau” oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan.
12345

Kembali ke atas