Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang pun tidak,
     Minta sekapur kurangnya dua;
Kasih tidak kenang pun tidak,
     Minta tidur semalam dua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basal matabolic rate (BMR)kadar metabolisme asasPerubatanTiadaKadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya. Kadar ini hendaklah diukur semasa individu berkenaan duduk bersandar dan tidak tidur, berada dalam keadaan suhu sekitaran yang serupa dengan suhu tubuh (susu normal tubuh) individu tersebut, dan telah berpuasa selama 12 jam. Kadar ini dinyatakan dalam unit kalori/jam/meter persegi permukaan tubuh. Gangguan fungsi kelenjar tiroid mungkin mengubah kadar tersebut.
sleep debthutang tidurPsikologiTiadaKumulatif waktu tidur yang terkumpul akibat daripada tidak cukup tidur.
hypnotichipnotikFarmasiFarmakologi1.Berkaitan dengan sifat hipnosis atau hipnotisme. Hipnosis ialah keadaan tidak sedar (tidur) yang diaruh secara arti.fisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan araban atau cadangan. 2. Agen yang menyebabkan seseorang tidur. Agen ini merupakan salah satu kelas drug yang selalu digunakan sebagai bahan pelali (sedatit). Drug dari kelas ini merangsang tidur atau menurunkan tindakan sistem saraf pusat pada peringkat kortikal. Drug-drug dari kumpulan benzodiazepina merupakan drug pilihan untuk merawat insomnia primer. Selain itu, untuk merangsang tidur pada peringkat hipnotik tindakan-pendek, agen seperti triazolam dan oksazolam digunakan, manakala untuk mengekalkan tidur yang panjang sepanjang malam pada peringkat hipnotik tindakan-panjang, flurazepam digunakan. Hipnotik dikenali juga sebagai somnifasien.
paradoxical sleeptidur paradoksBiologiFisiologiPeringkat tidur yang tidak terganggu, dan mempunyai aktiviti gerakan mata cepat (REM). Biasanya mimpi berlaku ketika peringkat ini.
sleep walkingberjalan semasa tidurPsikologiPsikologi UmumTingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme.
narcolepsynarkolepsiPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan dengan kecenderungan yang tidak terkawal untuk tidur, atau keadaan yang dicirikan dengan episod tidur dari masa ke masa selama beberapa minit atau beberapa jam. Keadaan ini biasanya diiringi dengan katapleksi. Sin: tidur paroksisme
dyssomniadissomniaPerubatanTiadaKeadaan tidur yang tidak teratur.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
insomniainsomniaGerontologiTiadaPerihal keadaan tidur yang tidak lena.
night grindingpengeritan malamPerubatanTiadaPengisaran gigi yang tidak disedari sewaktu tidur malam dan biasanya dikaitkan dengan keletihan, tekanan emosi dan ketegangan.
1234

Kembali ke atas