Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Lihat selanjutnya...(134)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dozevi tidur(-tidur) ayam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleepern 1. one who sleeps, orang yg tidur: he moved quietly so as not to wake the ~s in the next room, dia bergerak perlahan-lahan supaya tdk menjagakan orang-orang yg tidur di bilik sebelah; /heavy, sound/ ~, jenis orang yg tidur mati; light ~, jenis orang yg tidur-tidur ayam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleepn tidur: after a short ~ he felt better, selepas tidur seketika dia berasa segar; he believed that eight hours ~ each night kept him healthy, dia percaya bahawa tidur lapan jam setiap malam membuat dia sihat; she sang the baby to ~, dia mendodoikan anak itu sehingga tidur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedroomn bilik tidur: ~ furniture, perabot bilik tidur; a ~ scene, babak bilik tidur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bed~ down, tidur; ~ so. down, a. put so. to bed, membawa sso masuk tidur; b. provide so. with bed or bedding, menyediakan tempat tidur utk sso; c. have sexual intercourse with so., meniduri sso; ~ st down, menyediakan tempat tidur utk sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snooze vi tidur /sekejap, sepicing/; (in progressive tense) tidur: Jack is snoozing on the couch, Jack sedang tidur di kerusi panjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bat3vt mengelipkan, mengedipkan, mengejapkan; /not, never/ ~ an /eyelid, eye/, a. not sleep at all, tdk tidur sepicing pun, tdk tidur /sekelip, sekelap, sekeceng, sekilap/ mata pun, tdk tidur sama sekali; b. show no concern, anxiety, surprise, etc, kelihatan tenang (sahaja): he never ~ted an eyelid when he was told he’d been fired, dia kelihatan tenang apabila diberitahu bahawa dia telah dibuang kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asleepadj 1. in a state of sleep, tidur; (of royalty) beradu; (unintentionally) tertidur, terlena, terlelap: the baby is ~ at last, akhirnya bayi itu tidur; to be sound ~, tidur nyenyak; he was ~ on his feet, dia tertidur sambil berdiri; 2. dormant, inactive, tidur, tdk aktif, kelesa: an organization that is weak and usually ~,sebuah pertubuhan yg lemah dan sentiasa tidur; 3. numb, kebas: my foot is ~, kaki saya kebas; 4. (euphem) dead, menutup mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleepless adj 1. unable to sleep, wakeful, tdk dapat tidur: he lay ~ for most of the night, dia berbaring-baring tetapi tdk dapat tidur hampir sepanjang malam; 2. without sleep, tdk tidur: after a ~ night..., selepas semalaman tdk tidur....Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleepvi be in a state of sleep, tidur: these animals ~ all winter, binatang-binatang ini tidur sepanjang musim sejuk; the prisoners ~ on bare floors and survive on bread crusts and water, banduan-banduan tidur di atas lantai yg tdk berlapik dan hidup dgn kerak roti dan air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas