Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Lihat selanjutnya...(134)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insomniagangguan tidurHerbaFitoterapiKesukaran tidur atau tidur yang terganggu selama tempoh yang sepatutnya.
beddingpendasaran perlapisan; pembatasan; hampir dasar; alas/bincah; alatan tempat tidurPentadbiran PerniagaanTiada2. Alatan tempat tidur: Perkakas di tempat tidur seperti alas tilam, bantal, selimut, cadar dan sebagainya.
sleep walkingberjalan semasa tidurPsikologiPsikologi UmumTingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme.
sleep debthutang tidurPsikologiTiadaKumulatif waktu tidur yang terkumpul akibat daripada tidak cukup tidur.
sleep apneaapnea tidurPsikologiPsikologi UmumGangguan pada pernafasan secara berulangan semasa tidur. Individu yang menghidap apnea biasanya akan terhenti pernafasannya selama 20 saat hingga dua minit. Apabila keperluan oksigen menjadi begitu terdesak, individu tersebut akan terjaga dan menyedut udara dengan cepat tetapi tidur semula kemudiannya. Keadaan ini akan berulang beberapa kali di sepanjang malam hingga ke waktu pagi. Kesannya, individu ini sering mengantuk pada waktu siangnya. Punca utama apnea ialah otak berhenti menghantar maklumat kepada diafragma bagi mengekalkan pernafasan.
narcolepsynarkolepsiPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan dengan kecenderungan yang tidak terkawal untuk tidur, atau keadaan yang dicirikan dengan episod tidur dari masa ke masa selama beberapa minit atau beberapa jam. Keadaan ini biasanya diiringi dengan katapleksi. Sin: tidur paroksisme
electrosleeptidur-elektrikPerubatanTiadaTidur yang diarahkan dengan laluan arus elektrik yang lemah pada tisu, didalam rawatan gangguan psikiatrik dan psikosomatik.
nightisbaju tidurKesenianTiadaPakaian tidur sama ada paras betis atau paras buku lali daripada fabrik linen putih atau kapas, bersulam dan bertrimin renda.
nightiebaju tidurPentadbiran PerniagaanTiadaPakaian tidur yang labuhnya mencapai paras betis atau paras buku lali, daripada fabrik linen putih atau kapas, bersulam atau berfrimin renda.
paradoxical sleeptidur paradoksBiologiFisiologiPeringkat tidur yang tidak terganggu, dan mempunyai aktiviti gerakan mata cepat (REM). Biasanya mimpi berlaku ketika peringkat ini.
12345678910...

Kembali ke atas