Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ga] | تيݢ

Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : akar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes cele­bica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : bilangan dua ditambah satu; 3: ~ belas sepuluh dicampur tiga;13; ~ puluh tiga kali sepuluh; 30. ~ pupu perhubungan keluarga antara orang yg moyangnya adik-beradik. ~ suku a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. bertiga sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. ketiga yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. ketiga-tiga kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. pertiga bahagian drpd sesuatu yg dibahagi tiga: se~ satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Celaka tiga belas.

Bermaksud :

Malang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
three/by, in/ twos and ~s, (ber)dua-dua, (ber)tiga-tiga: the children walked in twos and ~s at the water’s edge, kanak-kanak itu berjalan berdua-dua dan bertiga-tiga di gigi air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
three-quarteradj, adv & n tiga suku, tiga perempat: a ~ inch nail, paku tiga suku inci; the tank is ~s full, tangki itu tiga suku penuh; ~s of the cake, tiga suku kek itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triweeklyadj & adv 1. occurring every three weeks, tiga mingguan, tiga minggu sekali: a ~ magazine, majalah tiga mingguan; the report is given ~, laporan itu diberi tiga minggu sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triennialadj 1. done, happening at 3-yearly intervals, setiap tiga tahun, tiga tahun sekali: ~ elections, pilihan raya tiga tahun sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tridimensionaladj tiga matra, tiga dimensi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trilateraladj 1. having three sides, mempunyai tiga sisi: a triangle is ~, segi tiga mempunyai tiga sisi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triweeklyn a triweekly publication, penerbitan /tiga mingguan, tiga minggu sekali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triangular2. concerning three persons or things, tiga penjuru: a ~ pact between the three powers, satu pakatan tiga penjuru antara ketiga-tiga kuasa itu; a ~ love affair, cinta tiga segi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
three-pieceadj padanan tiga: a ~ suit, sut padanan tiga; a ~ suite, set kerusi padanan tiga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
three3. a. three o’clock, /pukul, jam/ tiga; b. three minutes, tiga minit: it’s ~ minutes to five, tiga minit lagi pukul lima;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas