Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ga] | تيݢ

Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : akar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes cele­bica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : bilangan dua ditambah satu; 3: ~ belas sepuluh dicampur tiga;13; ~ puluh tiga kali sepuluh; 30. ~ pupu perhubungan keluarga antara orang yg moyangnya adik-beradik. ~ suku a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. bertiga sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. ketiga yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. ketiga-tiga kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. pertiga bahagian drpd sesuatu yg dibahagi tiga: se~ satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Celaka tiga belas.

Bermaksud :

Malang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tiga-tigasetiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
segi tiga(Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut; ~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90° bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang; ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~ sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga yg sama besar sempadan dan sudut-nya; ~ tak sama segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat (90°); ~ tirus segi tiga yg semua sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90°).Kamus Dewan Edisi Keempat
trimatraId berukuran tiga, tiga dimensi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tiga Isatu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam).Kamus Dewan Edisi Keempat
tigabilangan dua ditambah satu; 3: ~ belas sepuluh dicampur tiga;13; ~ puluh tiga kali sepuluh; 30. ~ pupu perhubungan keluarga antara orang yg moyangnya adik-beradik. ~ suku a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. bertiga sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. ketiga yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. ketiga-tiga kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. pertiga bahagian drpd sesuatu yg dibahagi tiga: se~ satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
segi tigarajah yg mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yg berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yg salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yg setiap sudutnya ber­nilai kurang drpd 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yg mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yg sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat, iaitu yg bernilai 90o.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembar1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siang harimasa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
per Idibahagi dgn (dlm kata majmuk yg me­nunjukkan angka pecahan); satu ~ tiga satu dibahagi tiga (1/3 ); tiga ~ empat tiga dibahagi empat (3/4); seperdua satu dibahagi dua.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkat1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas